PROMO: Huawei Mate 30 Pro 5G terima potongan harga RM1,700 sempena Promo 6.6

Huawei akan mengadakan promosi pertengahan tahun Huawei 6.6 Mid-Year Deal. Mereka tawarkan macam-macam potongan harga merentasi segenap pelosok produk yang mereka ada. Promosi akan berlangsung di Huawei Online Store, Shopee, dan Lazada.

Paling mencuri tumpuan adalah penyelarasan harga Mate 30 Pro 5G. Harga asalnya RM4,199 telah diturunkan kepada RM2,499 ataupun penurunan sebanyak RM1,700. Untuk maklumat, Mate 30 ialah antara telefon terawal Huawei yang tidak didatangkan dengan Google Mobile Services (GMS).

Kalau anda tak kisah dengan GMS, Mate 30 Pro mempunyai spesifikasi yang sangat baik. Mate 30 Pro 5G diperkasa cip Kirin 990 5G yang dibangunkan berasaskan litografi 7nm+ EUV. Modem 5G telefon ini adalah jenis yang terbina atas SoC dan bukannya jenis modem luar.

Di bahagian paparan, ia ada panel OLED FHD+ sebesar 6.53”. Untuk kamera, pengguna diberikan dua kamera 40MP, satu untuk kamera utama dan satu lagi yang bersudut pandang lebar. Kamera telefoto telefon ini gunakan sensor 8MP manakala ada satu lagi kamera untuk ToF. Selfie daripada telefon ini dihasilkan melalui kamera bersensor 32MP.

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,500mAh dan diisi dengan pengecasan Huawei SuperCharge 40W.

Sebenarnya, ada puluhan lagi produk yang diletakkan di bawah harga promosi, antaranya adalah:

  1. Huawei Band 4e – RM119 RM69
  2. Huawei Band 6 – RM219 RM209
  3. Huawei CP39S Car Wireless Charge – RM289 RM166
  4. Huawei Display 23.8 AD80 – RM688 RM549
  5. Huawei FreeBuds 3 – RM679 RM399
  6. Huawei FreeBuds 3i – RM399 RM249
  7. Huawei Mate 30 Pro –RM3,599 RM1,966
  8. Huawei Mate 40 Pro – RM4,299 RM3,999
  9. Huawei MateBook 13 i5 – RM4,499 RM3,799
  10. Huawei MateBook 13 i7 – RM4,999 RM3,999
  11. Huawei MateBook 14 R5 – RM3,799 RM3,599
  12. Huawei MateBook D14 i5 (8+512) – RM3,399 RM3,099
  13. Huawei MatePad 10.4 2020 – RM1499 RM1,399
  14. Huawei MatePad Flip Cover – RM129 RM66
  15. Huawei MatePad Pro Wi-Fi (8GB+256GB) – RM2,399 RM2,099
  16. Huawei MatePad T10 (2+32) – RM799 RM499
  17. Huawei P40 Pro – RM3,899 RM3,599
  18. Huawei FreeBuds 4i – RM379 RM319
  19. Huawei Scale 3 – RM149 RM99
  20. Huawei Sound X – RM1,299 RM666
  21. Huawei Watch GT 2 – RM799 RM699
  22. Huawei Watch GT 2e – RM599 RM399
  23. Huawei WiFi AX3 Quad-Core – RM299 RM259
  24. Huawei WiFi Q2 Pro Router + Q2 Pro Sub – RM668 RM466
  25. Huawei WiFi WS5200 Router – RM169 RM66
  26. Huawei Y7p – RM699 RM166