Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei Mate 30 Pro 5G boleh didapati di Celcom, Maxis dan U Mobile minggu ini

Kepada mereka yang menantikan ketibaan telefon 5G secara rasmi di Malaysia, anda boleh mendapatkan telefon pintar Huawei Mate 30 Pro 5G tidak lama lagi. Huawei Malaysia mengumumkan, ia akan mula dijual di Malaysia pada minggu ini.

Huawei Mate 30 Pro 5G adalah telefon pintar pertama yang menerima pengesahan 5G dari SIRIM. Ia akan dijual bermula hari Jumaat ini, 7 Februari 2020 di Huawei Experience Store di seluruh negara, serta rakan telekomunikasi iaitu Celcom, Maxis dan U Mobile. Digi juga akan menawarkan telefon 5G ini tidak lama lagi.

Orang ramai boleh membeli Huawei Mate 30 Pro 5G di Malaysia pada harga RM4,199 iaitu RM300 lebih mahal dari versi 4G. Ia datang bersama RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Hanya ada satu warna dijual di Malaysia, iaitu warna oren.

Pembeli Mate 30 Pro 5G turut menerima hadiah percuma bernilai RM537 dalam bentuk pengecas kereta Huawei SuperCharge dan jaminan tambahan tahun kedua.

Baru-baru ini, Huawei telah memperlihatkan kebolehan Mate 30 Pro 5G di rangkaian 5G Maxis di Langkawi. Ia mencatatkan kelajuan muat turun sehingga 1,854 Mbps.

Hampir semua perkara adalah sama di antara versi 5G dan 4G, kecuali pada cip pemprosesnya. Versi 5G menggunakan cip Kirin 990 5G yang memiliki modem 5G terbina di dalamnya, serta teras utama yang lebih berkuasa tinggi.

Cip Kirin 990 5G, dibina berasaskan arkitektur 7nm EUV, lebih baik dari arkitektur 7nm tanpa EUV di Kirin 990. Ia juga memiliki 8-teras yang sama dengan Kirin 990, tetapi teras berkuasa sederhana berkelajuan lebih tinggi, iaitu dwi-teras Cortex-A76 2.36GHz. Kuasa grafik juga lebih baik kerana ia 100MHz lebih laju. Akhir sekali, cip ini dipasang dengan NPU Da Vinci dengan dwi-teras Big dan satu teras Tiny padanya.

BACA  Proton lanjut jaminan kenderaan sehingga tamat PKP

Lain-lain dari ini, Mate 30 Pro 5G adalah sama dengan Mate 30 Pro 4G. Ia memiliki skrin OLED melengkung berukuran 6.53-inci dengan resolusi HD Penuh. RAM pula sebesar 8GB dan storan dalaman seluas 256GB, sedia menerima storan tambahan menerusi kad NM.

Untuk kamera, Mate 30 Pro menggunakan kamera utama 40MP F1.6, kamera ultra lebar 40MP F1.8, kamera telefoto 8MP F2.4 dan kamera sensor ToF 3D. Kamera hadapan pula 32MP F2.0 bersama pengesan kedalaman 3D.