Suunto 9 Peak, jam kecergasan ringan & tahan lasak, dengan GPS sehingga 170 jam

Suunto adalah satu nama yang dikenali sebagai penghasil produk kecergasan, antaranya jam pintar kecergasan. Tidak lama lagi, Suunto akan mula menjual jam kecergasan paling tahan lasak pernah mereka hasilkan, Suunto 9 Peak ke pasaran Malaysia.

Jam Suunto 9 Peak akan mula dijual di Malaysia pada 17 Jun 2021. Ia boleh dibeli menerusi Stor Rasmi Suunto di Lazada dan Shopee, laman SolarTime.com serta semua kedai wakil penjual a.d time.

Terdapat dua jenis jam Suunto 9 Peak boleh didapati beserta dua pilihan warna setiap satu. Jenis pertama memiliki badan titanium dengan pilihan warna biru dan putih. Manakala jenis kedua diperbuat daripada besi tahan karat, dengan warna hitam dan hijau. Kesemua model memiliki muka jam yang diperbuat daripada kaca nilam, kaca yang sangat tahan lasak.

Harga jualannnya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Granite Blue Titanium – RM3,199
  • Birch White Titanium – RM3,199
  • All Black Stainless Steel – RM2,799
  • Moss Gray Stainless Steel – RM2,799

Spesifikasi

Suunto 9 Peak dicipta berdasarkan jam pintar Suunto 9 Baro yang telah memenangi banyak anugerah. Ia direka lebih minimalis, dengan 37% lebih nipis dan 36% lebih ringan berbanding Suunto 9 Baro.

Sebagai jam pintar yang tahan lasak, Suunto 9 Peak memiliki hayat penggunaan GPS sehingga 170 jam dalam mod Tour, dan boleh dicas penuh dalam masa 1 jam sahaja. Ia juga boleh menyimpan peta, laluan dan lokasi penting di dalam jam, untuk kegunaan tanpa sambungan internet.

Untuk kegunaan biasa dengan pemantau 24/7 dan notifikasi, baterinya boleh bertahan sehingga 7 hari. Dalam mod jam sahaja, ia boleh digunakan sehingga 14 hari.

Sebagai peneraju industri jam pintar, Sunto 9 Peak dilengkapi dengan lebih 80 mod sukan seperti berlari, mendaki, berbasikal dan berenang. Skrinnya boleh ditetapkan untuk memaparkan maklumat berkaitan kecergasan.

Jam ini juga dilengkapi pemantau denyutan nadi di pergelangan tangan, serta pemantau tahap oksigen di dalam darah. Pemantau tahap oksigen ini adalah fungsi penting yang boleh membantu pengguna apabila berada di kawasan tinggi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Suunto 9 Peak.