• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kingston Fury jenama baru pengganti HyperX untuk RAM prestasi tinggi

  • OLEH Najib
  • 10:01 am
  • 03/06/2021
  • Komen
Kingston Fury jenama baru pengganti HyperX untuk RAM prestasi tinggi
Share on FacebookShare on Twitter

Kingston sebelum ini telah mengeluarkan produk khas berkaitan gaming seperti RAM dan storan, di bawah jenama HyperX. Tetapi Kingston telah menjual jenama HyperX kepada HP Inc awal tahun ini.

Kini Kingston mahu kembali ke arena gaming dengan melancarkan jenama baru, Kingston Fury. Menurut Kingston, ia akan meneruskan penghasilan dan pembuatan yang digunakan HyperX sejak tahun 2002 ke dalam Fury.



Kingston telah berada dalam industri penghasilan memori selama tiga dekad dan menjadi pengeluar memori bebas paling besar di dunia.

Untuk permulaan, Kingston Fury akan melancarkan barisan RAM DDR4 dan DDR3 tidak lama lagi. Pada suku keempat tahun ini, mereka akan melancarkan barisan memori DDR5, yang sedang dalam ujian kualiti dan keserasian dengan pelbagai pengeluar papan induk.



Kingston Fury akan dipecahkan kepada tiga kategori iaitu Renegade, Beast dan Impact. Renegade adalah produk terbaik dengan frekuensi DDR4 sehingga 5,333Mhz, dalam bentuk RGB dan tiada RGB.

Beast pula pilihan yang kos efektif dengan prestasi tinggi, dengan kelajuan DDR3 dan DDR4 sehingga 3,733Mhz. Untuk Impact, ia adalah memori SO-DIMM prestasi tinggi untuk laptop, NUC dan komputer kecil dengan kelajuan sehingga 3,200MHz.

Kenali lebih lanjut mengenai produk baru ini di laman web Kingston Fury.

Tags: KingstonKingston Fury
Najib

Najib

POPULAR

Kingston Fury jenama baru pengganti HyperX untuk RAM prestasi tinggi

Kingston Fury jenama baru pengganti HyperX untuk RAM prestasi tinggi

3 June 2021
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN