• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Twitter uji bahagian khas Spaces di peranti iOS, paparannya hampir sama dengan Clubhouse

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:40 pm
  • 04/06/2021
  • Komen
Twitter uji bahagian khas Spaces di peranti iOS, paparannya hampir sama dengan Clubhouse
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter kini sedang menguji bahagian khas atau ‘tab’ untuk Spaces melalui aplikasinya di peranti iOS. Bahagian khusus untuk Spaces itu akan berada di antara tab explore dan tab notifikasi.

Jika dilihat melalui perkongsian Twitter ini, paparan tab Spaces hampir sama seperti bahagian utama di aplikasi Clubhouse. Di situ, ada disenaraikan beberapa ruang audio yang sedang bersiaran langsung beserta tajuknya. Boleh dilihat juga ada gambar profil individu yang anda ikuti, menyertai sesebuah ruang audio itu.



Beza yang jelas dengan Clubhouse ialah, melalui paparan Spaces ini, pengguna boleh lihat nama pengacara. Menurut juru cakap Twitter, melalui tab ini juga pengguna dapat memberikan maklum balas mengenai ciri ini dan melihat peringatan untuk Spaces yang akan datang.

new feature alert 🎉 we want to make it as simple as possible to join the best, most relevant audio conversations every time you open Twitter. starting today, we will be testing a new way to find Spaces––we're adding a tab! pic.twitter.com/BJ5WoJB6wE

— Spaces (@XSpaces) June 3, 2021

Tab baru ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kekeliruan pengguna, kerana di peranti iOS, Spaces kini berada di bahagian atas ruang utama Twitter sama baris dengan Fleets.



now on iOS, it’s easier to see and join a Space while you’re scrolling
if you see a purple glow around someone’s avi on your tl, tap in.
rolling out to most iOS users today! pic.twitter.com/PBmRK59NGh

— Spaces (@XSpaces) May 7, 2021

Buat masa ini, tab baru ini hanya tersedia untuk sekitar 500 pengguna yang merupakan antara penguji beta pertama Spaces. Apabila ia ada nanti, sudah tentu pengguna akan rasa mudah untuk mencipta ruang audio sendiri atau menyertai ruang audio pengguna lain.

[Sumber: Engadget]

Tags: TwitterTwitter Spaces
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Twitter uji bahagian khas Spaces di peranti iOS, paparannya hampir sama dengan Clubhouse

Twitter uji bahagian khas Spaces di peranti iOS, paparannya hampir sama dengan Clubhouse

4 June 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN