• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter Blue dilancar, ada butang Undo untuk pengguna berbayar

  • OLEH Najib
  • 9:49 am
  • 07/06/2021
  • Komen
Twitter Blue dilancar, ada butang Undo untuk pengguna berbayar
Share on FacebookShare on Twitter

Fungsi mengubah tweet yang sudah dihantar sudah lama dinantikan pengguna Twitter. Tetapi ia masih belum ada sehingga hari ini. Cuma, Twitter baru-baru ini telah melancarkan satu fungsi yang menghampirinya, iaitu butang Undo.

Twitter kini telah melancarkan Twitter Blue, sejenis perkhidmatan berbayar yang memberi fungsi tambahan kepada pengguna. Perkara ini telah ditemui oleh Jane Manchun Wong pada bulan Mac lepas dan kini telah direalisasikan.



Terdapat empat fungsi tambahan yang diberikan kepada pelanggan Twitter Blue. Paling menarik adalah butang Undo.

Dengan butang Undo, pengguna Twitter Blue boleh menarik semula tweet mereka yang telah dihantar tetapi dalam masa 30 saat sahaja. Apabila menekan Send, Twitter memberi masa sehingga 30 saat untuk pengguna mengesahkan tweet mereka. Dalam waktu ini, pengguna boleh menekan Undo untuk menarik tweet tersebut. Jika tidak, ia akan dihantar untuk tatapan umum.



Selain Undo, fungsi lain yang diberikan kepada pelanggan Twitter Blue adalah Bookmark Folder untuk menyusun tweet yang disimpan ke dalam tempat berbeza, Reader Mode yang menjadikan bebenang tweet kepada satu paparan yang mudah dibaca, serta lebih banyak pilihan untuk mengubahsuai antaramuka melalui ikon dan tema tambahan.

Selain itu, Twitter juga menyediakan khidmat sokongan khas untuk pelanggan Twitter Blue untuk sebarang permasalahan yang ada.

Buat permulaan, Twitter Blue ditawarkan di 2 negara, Australia dan Kanada. Yuran langganan pula ditetapkan pada AUD4.49 (~RM14.34) di Australia dan CAD3.49 (~RM11.92) di Kanada. Twitter memaklumkan, mereka akan menambah dan memperbaiki perkhidmatan Twitter Blue dari semasa ke semasa.

Ikuti juga @TwitterBlue untuk mendapatkan berita terkini atau memberi maklum balas untuk perkhidmatannya dipertingkatkan.

[Sumber: CNN, Twitter]

Tags: TwitterTwitter Blue
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Twitter Blue dilancar, ada butang Undo untuk pengguna berbayar

Twitter Blue dilancar, ada butang Undo untuk pengguna berbayar

7 June 2021
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN