Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pengguna boleh ‘undo’ tweet jika sanggup membayar

Mengubah tweet yang telah dihantar adalah satu perkara yang mustahil di Twitter, walaupun ia telah sekian lama diminta oleh banyak pengguna. Twitter dilihat tidak akan menyediakan ciri itu dalam masa terdekat, tetapi ada penemuan menunjukkan, twitter sedang menguji satu fungsi lain yang sangat hampir dengan edit.

Seorang jurutera perisian, Jane Manchun Wong telah menemui satu fungsi baru di Twitter iaitu Undo. Fungsi ini membolehkan pengguna menghentikan penghantaran tweet, semasa bar progres sedang dalam proses memuat naik. Proses muat naik ini mengambil masa sekitar 6 ke 7 saat dan pengguna boleh menekannya dalam masa ini untuk menghentikan penghantaran tweet, dan mengubah isi kandungan sebelum diciap semula.

Perkara ini boleh membantu pengguna jika mengesan kesilapan dibuat dalam ruang masa yang sangat singkat itu, iaitu 6-7 saat. Tetapi jika ia telah lepas, maka anda perlu membuang tweet tersebut dan menaip semula. Sebenarnya, tidak ada beza pun undo tweet atau delete selepas tweet dihantar. Kerana tweet lama tidak akan tersiar semula.

Seorang jurucakap Twitter menyatakan bahawa fungsi ini sedang diuji oleh syarikat dan ia merupakan sebahagian dari ruang yang dikaji untuk platform pengguna berbayar. Twitter akan terus menguji pelbagai fungsi untuk pengguna berbayar dari semasa ke semasa.

Twitter telah sekian lama menguji model berbayar, untuk mengurangkan kebergantunggannya terhadap iklan. Antaranya mahu memperkenal ciri “Super Follows” pada tahun ini, di mana pemilik akaun boleh mengenakan bayaran kepada pengikut untuk mendapat kandungan eksklusif.

Twitter Super Follows

Selain itu, Twitter juga telah mengenakan lebih banyak notis sebelum pengguna menghantar tweet, antaranya bertanyakan pengguna sama ada sudah membaca pautan sebelum dikongsi, dan memberi nasihat jika ada kata-kata kesat di dalam tweet yang mahu dihantar.

[Sumber: Malay Mail, 9to5mac]