• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro lancar Sooka, platform strim siaran langsung sukan & hiburan tempatan

  • OLEH Najib
  • 11:26 am
  • 08/06/2021
  • Komen
Astro lancar Sooka, platform strim siaran langsung sukan & hiburan tempatan
Share on FacebookShare on Twitter

Astro kini mengumumkan ketibaan Sooka, platform penstriman terbaru yang menawarkan tayangan siaran langsung aksi sukan antarabangsa. Di samping itu, ia juga menyediakan drama dan program hiburan Malaysia di dalamnya.

Sooka menyatakan bahawa perkhidmatan mereka mensasarkan kepada golongan milenial yang gemarkan kandungan hiper tempatan, relevan dan lebih mudah diakses dalam platform mudah alih. Tetapi paling utama, Sooka menawarkan aksi sukan secara langsung untuk tontonan para peminat sukan di dalam peranti mudah alih mereka.



Harga Langganan & Promosi

Sooka menawarkan kandungan percuma dan berbayar. Untuk kandungan berbayar, terdapat dua jenis pelan iaitu VIP+Sports berharga RM41.90/bulan yang membolehkan para peminat sukan tegar menikmati akses tanpa had dan secara langsung aksi sukan terbaik sepanjang tahun. Manakala pelan VIP Entertainment pada kadar RM15.90/bulan, menawarkan kandungan hiburan terbaik di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai drama, rancangan dan filem tempatan, serta siri-siri eksklusif dan original Sooka.

Sebagai harga pengenalan dan ketibaan UEFA EURO 2020, Sooka kini menawarkan pelan VIP+Sports pada harga RM15.90/bulan sahaja, selama 3 bulan. Dengan ini, peminat bolasepak boleh menikmati kesemua 51 perlawanan UEFA EURO 2020 secara langsung. Selain itu pengguna juga boleh menonton siaran langsung Kejohanan Dunia BWF, Liga Perdana Inggeris, Kejohanan Formula 1, Wimbledon Grand Slam, dan banyak lagi. Tawaran ini akan tamat pada 7 Julai 2021.



Bagi VIP Entertainment, pelan ini menawarkan pilihan meluas drama dan filem Melayu tempatan yang menjadi kegemaran para penonton seperti Projek: Anchor SPM, Rindu Awak Separuh Nyawa, Jebat, Scammer, The Maid, Ahli Bapak-Bapak Club, dan Curi-curi Cinta. Siri eksklusif dan original Sooka yang akan datang tidak lama lagi pula adalah seperti Hantu Bonceng 2.0, Hawa, dan PHD Muzik.

Jika berminat, anda boleh mendaftar perkhidmatan Sooka di laman web www.sooka.my, serta menerusi muat turun aplikasi di Apple AppStore dan Google PlayStore.

Apa lagi perlu anda tahu

Maklumat lanjut mengenai Sooka boleh dirujuk di ruangan Help Center. Antara perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah, satu akaun Sooka boleh mendaftar sehingga 5 peranti tetapi tidak boleh menonton serentak. Hanya 1 tontonan dibenarkan untuk 1 akaun.

Sooka juga belum menawarkan fungsi muat turun di aplikasi untuk tontonan di luar talian, serta masih belum ada ciri Cast ke TV. Untuk pembayaran, Sooka buat masa ini menerima bayaran menggunakan kad debit/kredit serta pembayaran menerusi Apple AppStore dan Google PlayStore.

Tags: astrosooka
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa China “buang” sampah angkasa ke negara lain?

Kenapa China “buang” sampah angkasa ke negara lain?

31 Julai 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Astro lancar Sooka, platform strim siaran langsung sukan & hiburan tempatan

Astro lancar Sooka, platform strim siaran langsung sukan & hiburan tempatan

8 Jun 2021

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER