• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

WWDC 2021: FaceTime boleh hubungi Android, serta berkongsi lagu dan video sesama rakan

  • OLEH Najib
  • 1:52 am
  • 08/06/2021
  • Komen
WWDC 2021: FaceTime boleh hubungi Android, serta berkongsi lagu dan video sesama rakan
Share on FacebookShare on Twitter

Persidangan pembangun sedunia Apple, WWDC 2021 bermula dengan pengumuman kemaskini baru yang akan tiba di iOS 15. Ia dimulakan dengan fungsi baru yang akan tiba di FaceTime.

FaceTime merupakan aplikasi panggilan video yang eksklusif digunakan sesama peranti Apple. Tetapi di iOS 15, ia akan boleh digunakan untuk membuat panggilan video bersama Android.



Pengguna Android membuka pautan FaceTime & sertai panggilan video

Ia direalisasikan dengam sokongan FaceTime di pelayar web. Pengguna iOS 15 boleh memulakan panggilan video FaceTime, kemudian berkongsi pautan dengan pengguna lain. Ia kemudian boleh dibuka oleh mana-mana pengguna di pelayar web. Konsep yang serupa telah sedia ada seperti Zoom dan Google Meet.

Di samping itu, FaceTime turut dinaiktaraf dengan sokongan mendengar lagu dan menonton video bersama rakan yang dipanggil, melalui Share Play. Ia ibarat membuat panggilan video di dalam panggung wayang.



Tetapi ia tidak terhad di situ kerana rakan pemanggil juga boleh mengawal pemain muzik atau video. Untuk permulaan, fungsi baru FaceTime ini akan boleh digunakan bersama aplikasi seperti Disney+, Hulu HBO Max, Twitch dan TikTok. Apple juga menyediakan API Share Play untuk digunakan pembangun di dalam aplikasi mereka.

Semakin hari, Apple semakin membuka perkhidmatan mereka kepada ekosistem di luar. Baru minggu lepas mereka membenarkan Apple TV dipasang di Android TV, kini mereka menyediakan FaceTime untuk digunakan bersama peranti Android.

Tags: appleApple iOS 15Apple WWDCiOS 15wwdc 2021
Najib

Najib

POPULAR

WWDC 2021: FaceTime boleh hubungi Android, serta berkongsi lagu dan video sesama rakan

WWDC 2021: FaceTime boleh hubungi Android, serta berkongsi lagu dan video sesama rakan

8 June 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER