• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Adobe

Adobe dapati cip Apple M1 tapau cip Intel bila jalankan perisiannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:54 pm
  • 09/06/2021
  • Komen
Adobe dapati cip Apple M1 tapau cip Intel bila jalankan perisiannya
Share on FacebookShare on Twitter

Apple M1 adalah cip komputer paling berkuasa pernah dihasilkan mereka dan ia sudahpun mula menular dalam produk-produk komputer pengeluar itu. Adobe adalah antara yang terawal cuba untuk mengukur perbezaan prestasi antara cip M1 dengan cip pesaing Intel apabila menjalankan perisisan Adobe.

Ujian ini dijalankan oleh firma pihak ketiga, Pfeiffer Consulting, dan mereka menguji prestasi perisian Adobe Photoshop, Lightroom, dan Premier Pro yang berjalan atas kedua-dua platform M1 dan Intel.



Dua model Macbook Pro diguakan, semuanya miliki spesifikasi hampir sama kecuali cip pemproses iaitu:

  • Saiz paparan 13”
  • RAM 16GB
  • SSD 2TB

Di Photoshop, fungsi Content-Aware Fill didapati lebih cepat memproses sebanyak 3 kali ganda lebih pantas. Kemudian, alat Select Subject yang menggunakan keperkasaan Enjin Neural cip M1 juga dilihat 3 kali lebih pantas pemprosesannya.



Beralih ke Lightroom, mengimport 1000 imej berformat RAW mengambil masa 29 saat di platform M1 berbanding 50 saat di platform Intel. Kemudian, meneksportnya ke dalam formad JPEG pula adalah dua kali lebih pantas berbanding di Intel.

Proses Super Resolution daripada imej beresolusi 12MP pula 73 kali lebih pantas berbanding Intel.

Senario yang sama juga dilihat pada Premier Pro, mengimport video beresolusi 4K dalam format XAVC S 100fps dilapor 3 kali lebih pantas manakala proses encode ke ProRes 422 pula dua kali ganda lebih pantas.

Tidaklah menghairankan kenapa M1 mampu mengalahkan varian Intel MacBook Pro kerana yang digunakan laptop itu ialah CPU Ice-Lake-U yang dibangunkan daripada litografi 10nm sedangkan Apple M1 menggunakan litografi 5nm.

Bukan saja lebih cekap tenaga, malahan komponen RAM dan GPU diintegrasikan di atas cip yang sama bagi mempertingkat prestasi.

Sumber: DigitalCameraWorld

Tags: Adobeappleapple m1Intel
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Adobe dapati cip Apple M1 tapau cip Intel bila jalankan perisiannya

Adobe dapati cip Apple M1 tapau cip Intel bila jalankan perisiannya

9 June 2021
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN