Apa pandangan anda dengan cadangan UI baru APP MySejahtera ini?

Seorang pembangun antaramuka aplikasi telah berkongsikan ideanya tentang penambahbaikan yang boleh dilakukan pada UI MySejahtera. Pada pendapatnya, walaupun MySejahtera cukup sifatnya, ia masih perlukan menyusunan semula bagi memudahkan pengguna kerana APP ini digunakan oleh segenap pelosok masyarat daripada yang muda hinggalah ke tua, daripada yang celik hinggalah yang rabun.

Sumber

Daripada beberapa sampel UI yang dikongsikan, cadangannya nampak lebih kemas. Font dengan pelbagai saiz digunakan bagi menandakan kepentingan. Contohnya untuk butang check-in, butang tersebut ditandakan biru dan lebih menonjol berbanding butang lain.

Ia jauh berbeza dengan UI sekarang yang kecil dan susah untuk ditekan.

Kemudian, info tentang bilangan kes harian juga dipaparkan terus di halaman perumah berbanding sekarang yang dipaparkan dalam bentuk gambar sahaja. Kalau nak dikongsikan kepada orang lain, pengguna terpaksa muat turun dulu.

Cadangan SOP untuk tempahan vaksin turut ada. Apabila ingin menempah vaksin, ada pilihan lokasi, jenis vaksin, dan sistem akan mencari slot masa yang ada secara automati. Sekiranya slot berjaya ditempah, pengguna akan dibawa ke halaman maklumat janji temu. Dalamnya ada maklumat lokasi, peta, dan cara untuk pergi ke lokasi sama ada memandu sendiri ataupun menggunakan perhidmatan e-hailing.

Apa pendapat anda tentang cadangan rekaan baharu ini? Adakah ia layak mendapat peruntukan jutaan ringgit?

Sumber: Shahid Rogers