• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peranti Pixel ada kemampuan lindungi gambar dengan kata laluan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:37 pm
  • 09/06/2021
  • Komen
Peranti Pixel ada kemampuan lindungi gambar dengan kata laluan
Share on FacebookShare on Twitter

Ketika acara tahunan Google I/O edisi 2021, Google ada umumkan penambahbaikan pada Google Photo iaitu meletakkan fungsi kata laluan pada album tertentu sekiranya ingin jadikan ia sebagai koleksi peribadi. Ciri ini dinamakan Locked Folder.

Ketika mengumumkan ciri tersebut pada persidangan I/O, Google mengatakan bahawa ia akan hadir ke peranti Android sepanjang tahun ini.



With Locked Folder in @googlephotos, you can add photos to a passcode protected space and they won’t show up as you scroll through Photos or other apps on your phone. Locked Folder is launching first on Google Pixel, and more Android devices throughout the year. #GoogleIO pic.twitter.com/yGNoQ8vLdq

— Google (@Google) May 18, 2021

Menariknya, ciri ini sudah tersedia dalam peranti Pixel 3 dan terkini. Jika anda mempunyai peranti Pixel 3 ke atas, anda boleh cuba menyediakan Locked Folder ini di peranti anda.

Cara penyediaan Locked Folder

  1. Buka aplikasi Google Photos
  2. Pergi ke Library, kemudian Utilities dan seterusnya Locked Folder
  3. Tekan Set up Locked Folder.
  4. Ikut arahan di skrin untuk membuka kunci peranti anda. Sekiranya fail anda kosong, akan ada tulisan Nothing here yet.

Apabila Locked Folder anda sudah ada, anda boleh pindahkan gambar atau video ke dalamnya untuk menjadikan ia privasi. Ia secara tidak langsung akan membuang gambar tersebut dari galeri dan elak dari Memory memaparkannya.



Selain itu, anda juga boleh menetapkan untuk masukkan gambar terus ke dalam Locked Folder sejurus anda mengambilnya menggunakan kamera Pixel anda. Caranya adalah seperti di bawah:

  1. Buka kamera
  2. Pada bahagian atas kakan, tekan More dan pilih Move to Locked Folder
  3. Seterusnya, apabila anda ambil gambar menggunakan kamera, gambar tersebut akan terus masuk ke dalam Locked Folder
Sumber

Ciri ini dilihat amat mementingkan privasi pengguna, lebih-lebih lagi apabila pengguna mahu menyimpan sesebuah gambar dan tidak mahu gambar itu dilihat oleh individu lain.

[Sumber: TheVerge, Google]

Tags: Googlepixel
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Peranti Pixel ada kemampuan lindungi gambar dengan kata laluan

Peranti Pixel ada kemampuan lindungi gambar dengan kata laluan

9 June 2021
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER