• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

3 kemas kini Google Photo yang diumumkan di Google I/O 2021

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:33 pm
  • 19/05/2021
  • Komen
3 kemas kini Google Photo yang diumumkan di Google I/O 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Acara tahunan Google I/O edisi 2021 sebahagian besarnya diadakan secara dalam talian, tapi ia tidak merencatkan jumlah benda baharu yang mereka umumkan, daripada sistem operasi Android hinggalah ke produk-produk lain. Misalnya di Google Photo, mereka mengumumkan 3 penambahbaikan yang bakal memudahkan pengguna.

Gambar hampir sama dihimpunkan dalam satu katalog

Ciri Memories pada Google Photos ada satu fungsi baru. APP akan mampu mengesan corak ataupun pola yang muncul dalam beberapa gambar dan menghimpunkannya dalam satu katalog.



Menurut Google, jika satu gambar tidak berapa kukuh sangat nilai sentimental, beberapa keeping gambar yang hampir sama pastinya akan membangkitkan perasaan nostalgia.

Animasi daripada gambar pegun

Cinematic Photo sudahpun diumumkan dalam bulan Disember 2020 lalu. Namun, untuk 2021, ia bertukar menjadi Cinematic Moment. Bezanya adalah, di Cinematic Photo, perisian akan menjana gambar animasi daripada 1 gambar sebaliknya pada Cinematic Moment, lebih daripada 1 gambar akan digunakan untuk menjana animasi.



Bijaknya Cinematic Moment ialah ia akan menjana gambar sintetik untuk dimasukkan antara gambar sumber dan seterusnya animasi pergerakan boleh berlaku.

Fungsi kata laluan pada Album tertentu

Google Photo juga bakal membenarkan pengguna menentukan apa yang boleh dipaparkan pada Memories. Salah satu caranya ialah dengan secara manual membuang sesuatu gambar daripada Memory.

Satu lagi kaedah adalah dengan menetapkan kata laluan pada Album tertentu sekiranya anda ingin jadikannya sebagai koleksi peribadi.

Seperti biasa, fungsi ini akan diterbitkan fasa demi fasa mengikut pasaran dan pastikan APP Google Photo anda sentiasa dikemas kini untuk menikmat fungsi-fungsi baharu ini.

Tags: Googlegoogle i/o 2021Google Photos
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

3 kemas kini Google Photo yang diumumkan di Google I/O 2021

3 kemas kini Google Photo yang diumumkan di Google I/O 2021

19 May 2021
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER