• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tidak kemaskini status kesihatan di MySejahtera bukan kesalahan dan tidak akan dikompaun

  • OLEH Najib
  • 11:47 am
  • 09/06/2021
  • Komen
Tidak kemaskini status kesihatan di MySejahtera bukan kesalahan dan tidak akan dikompaun
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, seramai 29 pekerja syarikat minyak dan gas dilapor telah dikenakan kompaun RM2,000 seorang, akibat tidak mengemaskini status kesihatan di aplikasi MySejahtera ketika masuk ke tempat kerja. Dua orang lagi pekerja kilang memproses ayam pula dikenakan kompaun RM1,500 kerana kesalahan yang sama.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tampil menjelaskan keadaan bahawa kegagalan mengemaskini itu bukanlah satu kesalahan dibawah undang-undang termasuk Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Mana-mana kompaun yang sudah dikeluarkan kerana tidak mengemaskini aplikasi MySejahtera, perlulah dibatalkan.



“Ini adalah berdasarkan kepada Akta 342, yang mana ia tidak terkandung sebagai satu kesalahan untuk dikenakan kompaun oleh mana-mana penguat kuasa. Pegawai penguat kuasa juga disarankan supaya tidak salah dalam membuat sebarang tafsiran berhubung SOP yang sudah dikuatkuasakan kerajaan,” tambah Ismail Sabri lagi.

Kompaun majikan, bukan pekerja

Selain itu, kesalahan melanggar SOP membabitkan syarikat atau kilang yang beroperasi melebihi masa ditetapkan, tindakan penguatkuasaan perlu dibuat ke atas majikan atau syarikat yang memaksa pekerja melakukan tugas lebih dari masa ditetapkan. Ini kerana pekerja terpaksa akur kepada arahan majikan dan kompaun boleh dikeluarkan kepada pihak syarikat, kilang atau majikan yang memberikan arahan.



Tetapi Ismail Sabri mengingatkan orang ramai, biarpun tidak menjadi kesalahan di bawah Akta 342 jika tidak mengemaskini MySejahtera, rakyat perlu berintegriti dan mempunyai rasa tanggungjawab menggunakan aplikasi itu. Ini kerana MySejahtera dibangunkan kerajaan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara, di samping membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Aplikasi MySejahtera bukan hanya untuk mengimbas masuk sesuatu tempat, lebih penting adalah melakukan kemaskini status kesihatan setiap hari, terutama sekali jika banyak pergerakan dan aktiviti dilakukan pada hari tersebut.

Wajib kemaskini MySejahtera

Majlis Keselamatan negara (MKN) turut menjelaskan bahawa orang ramai hanya perlu mengemaskini status kesihatan di MySejahtera disebabkan empat perkara iaitu:

  1. Menunjukkan gejala penyakit
  2. Pulang dari luar negara
  3. Berhubungan rapat dengan pesakit COVID-19
  4. Telah disahkan positif COVID-19

Untuk syarikat dan kilang yang disahkan memiliki pekerja yang positif COVID-19, maka semua pekerja perlu mengemaskini status kesihatan di MySejahtera.

[Sumber: Berita Harian, Malay Mail]

Tags: Ismail Sabrimysejahtera
Najib

Najib

POPULAR

Tidak kemaskini status kesihatan di MySejahtera bukan kesalahan dan tidak akan dikompaun

Tidak kemaskini status kesihatan di MySejahtera bukan kesalahan dan tidak akan dikompaun

9 June 2021
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN