• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kisah Microsoft Excel dan 2 Yang Berhormat, Khairy Jamaluddin vs Yeo Bee Yin

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:30 pm
  • 10/06/2021
  • Komen
Kisah Microsoft Excel dan 2 Yang Berhormat, Khairy Jamaluddin vs Yeo Bee Yin
Share on FacebookShare on Twitter

YB Yeo Bee Yin dalam satu cicipan Twitternya pada 8 Jun 2021 memberi pandangan tentang kenapa golongan emas dan berkomorbiditi yang sepatutnya sudahpun selesai menerima sekurang-kurangnya 1 vaksin COVID-19 dalam Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, masih belum menerim janji temu masing-masing.

The short answer to why some very old & very high risk groups still do not getting appointment-the RM 70 million data & app system does not even have basic programming algorithm that weigh the priority of vax registration & arrange app accordingly. Yes, Excel can do better job.

— Yeo Bee Yin (@yeobeeyin) June 8, 2021

Menurut beliau, sistem yang sedang digunakan oleh pihak JKJAV sekarang tidak memiliki walaupun algoritma pengaturcaraan asas yang mampu menimbang tara keutamaan terhadap sesuatu pendaftaran vaksin.



Beliau juga menambah yang perisian Excel mampu lakukannya dengan lebih baik.

Perkara ini mungkin timbul selepas netizen berkongsikan yang di halaman Help Desk APP MySejahtera, mereka boleh laporkankepada pihak MySejahtera sekiranya masih belum mendapat janji temu untuk  yang berumur 60 tahun keatas.



Respons YB Khairy

Semasa salah satu sidang media JKJAV yang bertarikh 9 Jun 2021, YB Khairy telah membalas komen tersebut.

Menurut YB Khairy, memaklumkan yang beliau terbuka kepada sebarang kritikan dan cadangan. Sungguhpun begitu, tohmahan terhadap kegagalan sistem pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah tidak berasas.

Mereka mengendalikan berbillion entri data yang merangkumi 15 juta pendaftaran dan setiap satunya mengandungi puluhan data, daripada nama, lokasi, umur, tahap kesihatan, dan sebagainya. Menggunakan Microsoft Excel menurutnya adalah sesuatu yang tidak efisien dan satu penyelesaian yang lebih baik diperlukan bagi menangani data pada skala sebegini.

Setakat ini, seramai 2.256 juta pendaftaran daripada warga emas telah mereka terima. Daripada jumlah itu, lebih 855 ribu telah menerima dos 1 manakala 436 ribu telah menerima janji temu vaksin sehingga 15 Jun 2021.

Jadi, menjelang pertengahan Jun 2021, kira-kira 60% warga emas yang mendaftar telah/akan menerima vaksin COVID-19.

Sekali lagi YB Khairy menekankan yang peruntukan 70 juta yang diterima pihaknya bukanlah untuk bangunkan sistem pendaftaran semata-mata, ia merangkumi keseluruhan hal-hal IT untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Cabaran yang pihak mereka hadapi bukanlah kelemahan sistem IT, sebaliknya mencari kaedah yang paling berkesan dan cekap menskalabesarkan proes pemvaksinan.

Excel mampu proses berbilion data?

Berbalik kepada kenyataan YB Khairy tentang perisian Microsoft Excel tidak mampu menampung jumlah data yang dikendalikan pihaknya, @sybreon mematahkan hujah tersebut dengan berkongsikan spesifikasi teknikal Microsoft Excel yang paling baharu.

Just fact checking the limits for Excel here.https://t.co/QrQGMn1cPN

Each sheet has a limit of 17billion data points. So, with all due respect, it is certainly a possibility.

Practicality, well, that's why I see PPV staff using Google Sheets innit? https://t.co/VruPYxRgQO

— Shawn Tan @sybreon.bsky.social 🇲🇾😷🌏🍉 (@sybreon) June 9, 2021

Menurut laman Microsoft, dalam satu worksheet, sebanyak 1,048,576 baris dan 16,384 boleh diwujudkan. Ia diterjemah kepada 11,717,987,000 (~11.7 billion) sel yang boleh menampung data.

Apabila sesuatu worksheet disimpan (save), ia disimpan dalam format .xlsx (workbook). Menurut halaman yang sama, bilangan worksheet yang boleh diwujudkan dalam satu fail excel adalah terhad kepada jumlah memori yang dimiliki mesin itu yang bermakna, ia asasnya tiada had kerana komputer sekarang dengan mudahnya boleh diskalabesarkan, lebih-lebih lagi dengan adanya teknologi awan.

Actually u can split the database, export to multiple xls files.Yes,its tedious, that's y the process is 100,000x CHEAPER than NIP data sys but can do it FASTER than 3 mo. Coz CITF asking ppl >60yo x vax to tell them again(!) after using the data sys 4 >3mo. @Khairykj https://t.co/tddZNA4L7b

— Yeo Bee Yin (@yeobeeyin) June 9, 2021

Jelas sekali Microsoft Excel mampu menjalankan tugasan mengendalikan pengkalan data Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Namun, sejauh mana keberkesanannya berintegrasi dengan sistem-sistem yang lain tidak pula diketahui.

YB Yeo Bee Yin juga mencadangkan yang pengkalan data boleh dipecahkan menjadi beberapa bahagian yang lebih kecil untuk tujuan memudah cara. Kalau merujuk pada carta organisasi Jawatan Kuasa Imunisasi COVID-19 (CITF), mereka sudahpun ada Unit yang mengelolakan setiap satu negeri.

Ia menunjukkan yang memang ada berlakunya segmentasi dalam tatacara pengurusan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Bukan salah Excel tetapi sistem

Mengendalikan program pada skala nasional sebegini memang satu cabaran yang besar. Sudah tentu ada banyak titik yang berpotensi merencatkan proses Malaysia mencapai keimunan kelompok. Yang tidak beroleh janji temu vaksin, satu hal.

Namun ia masih belum menyebabkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ketandusan orang untuk divaksinkan.

Yang sebenarnya, ada juga yang melihat komen YB Yeo bukan secara harfiah. Ia lebih kepada menyarankan CITF melakukan penalaan yang lebih halus terhadap sistem sedia ada dek mereka miliki sumber kewangan dan tenaga kerja yang agak besar.

Ada Netizen yang mencadangkan pembaharuan pada UI MySejahtera

Rakyat juga perlu bertanggungjawab

Tapi tidak guna kita miliki sistem pendaftaran ataupun pengkalan data berteknologi AI yang mampu beri janji temu kepada setiap satu individu yang ada atas muka bumi ini seandainya yang terima janji temu, tidak hadir janji temu.

Ribuan orang tidak hadir sesi vaksin adalah masalah lebih besar

Kementerian Kesihatan melaporkan yang 52 ribu individu di 7 negeri tidak hadiri janji temu vaksin mereka. Ada macam-macam faktor menyumbang kepada situasi ini seperti penerima tidak gagah untuk pergi ke pusat vaksin, tidak bersedia, dan ada juga sedang menjalani kuarantin.

Ada juga yang meminta untuk ditukar tarikh janji temu dan tidak kurang juga yang menolak tawaran untuk divaksinkan.

Maka, semua orang perlu dipersalahkan dan perlu menjalankan peranan masing-masing bagi memastikan kejayaan Malaysia mengharungi bencana COVID-19 ini.

Tags: COVID-19jkjavKhairy JamaluddinYeo Bee Yin
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kisah Microsoft Excel dan 2 Yang Berhormat, Khairy Jamaluddin vs Yeo Bee Yin

Kisah Microsoft Excel dan 2 Yang Berhormat, Khairy Jamaluddin vs Yeo Bee Yin

10 June 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER