Audio Spatial & Dolby Atmos boleh mula dinikmati di Apple Music sekarang

Apple Music kini menyediakan muzik berkualiti tinggi melalui format Lossless Audio, audio spatial dan Dolby Atmos. Mulai 9 Jun 2021, pustaka lagu Apple Music mengemaskini jutaan koleksi lagu mereka kepada format berkualiti tinggi.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, tiada caj tambahan dikenakan kepada pelanggan Apple Music untuk menikmati kualiti lagu yang lebih tinggi ini. Menurut Apple, lebih 75 juta lagu akan boleh dinikmati dalam format Lossless Audio. Manakala audio spatial dan Dolby Atmos akan terdapat di ribuan senarai dan ditambah setiap hari.

Lagu yang memiliki audio spatial dan Dolby Atmos boleh dimainkan di pembesar suara iPhone, iPad dan Mac terbaru, serta di fon telinga AirPods dan Beats yang memiliki cip H1 atau W1. Aplikasi Apple Music di Android pula akan disokong tidak lama lagi.

Setiap lagu yang menyokong format baru ini akan memiliki label pada senarai lagunya. Jadi pengguna boleh mengetahui dan menikmati lagu dalam bunyi lebih mengasyikkan, apabila dimainkan di dalam peranti, fon kepala atau fon telinga yang menyokong format ini.

Jika anda tidak pasti lagu apa yang memiliki format berkualiti tinggi ini, anda boleh pergi ke salah satu daripada senarai lagu Apple Music di bawah:

Kenali lebih lanjut mengenai audio Spatial Apple Music di sini dan audio Lossless di sini.