• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus Nord CE, telefon 5G murah & nipis dengan kuasa Snapdragon 750G

  • OLEH Najib
  • 1:46 pm
  • 11/06/2021
  • Komen
OnePlus Nord CE, telefon 5G murah & nipis dengan kuasa Snapdragon 750G
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus kini melancarkan satu lagi telefon pintar 5G mampu milik mereka, dikenali sebagai OnePlus Nord CE 5G (Core Edition). Nama ini diberikan kerana OnePlus menekankan perkara teras sebagai fokus utama, di samping harga yang lebih murah daripada telefon 5G termurah OnePlus sebelum ini, OnePlus Nord N10.

Sudah pasti, prestasi peranti baru ini dipertingkat di pelbagai sudut. Dimulakan dengan prestasi, OnePlus Nord CE dikuasakan cip Snapdragon 750G 5G, RAM LPDDR4x sehingga 12GB dan storan dalaman UFS 2.1 sehingga 256GB. Tiada slot kad mikroSD kali ini.



Paparan AMOLED dipasang di hadapan, dengan kadar penyegaran 90Hz dan resolusi HD Penuh. Ini membolehkan pengimbas capjari dipasang di atas skrin.

Lubang kecil di sudut atas skrin memuatkan kamera hadapan 16MP F2.45 di dalamnya. Kamera belakang ada 3 iaitu kamera utama 64MP F1.79, kamera ultra lebar 8MP F2.25 dan kamera monokrom 2MP F2.4.



Bateri juga lebih besar, dengan kapasiti 4,500mAh dipasang di dalam. Ia menyokong pengecasan pantas Warp Charge 30T (5V/6A) melalui USB-C. Hanya 30 minit untuk mengecas 70% penuh. Telefon ini turut mengekalkan jek audio 3.5mm padanya.

OnePlus menyatakan, OnePlus Nord CE adalah telefon pintar mereka paling nipis sejak OnePlus 6T. Ia memiliki ketebalan 7.9mm sahaja, dengan berat 170 gram. Di samping itu, OnePlus menjamin kemaskini sistem operasi selama 2 tahun dan kemaskini keselamatan selama 3 tahun untuk OnePlus Nord CE.

Terdapat tiga warna dihasilkan untuk OnePlus Nord CE iaitu hitam, biru dan perak.

Harga dan tarikh jualan

OnePlus Nord CE akan disediakan dalam tiga varian dengan harga di Eropah seperti berikut:

  • OnePlus Nord CE 5G (RAM 6GB + storan 128GB) – EUR 299 (~RM1,498)
  • OnePlus Nord CE 5G (RAM 8GB + storan 128GB) – EUR 329 (~RM1,649)
  • OnePlus Nord CE 5G (RAM 12GB + storan 256GB) – EUR 399 (~RM1,999)

Harga ini EUR50 lebih murah berbanding OnePlus Nord N10 ketika dilancarkan tahun lepas. Apabila dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac 2021, harga OnePlus Nord N10 adalah RM1,199. Mungkin kita boleh melihat OnePlus Nord CE 5G di bawah RM1,000 di Malaysia.

OnePlus Nord CE 5G akan mula dijual di pasaran terpilih mulai 21 Jun 2021. Masih belum ada khabar mengenai jualannya di Malaysia tetapi dijangka ia tidak lama lagi.

Dengan prestasi sebegini, OnePlus Nord CE 5G boleh menjadi telefon pintar pilihan utama di bawah RM1,200. Ia masih tidak boleh menyaingi Redmi Note 10 Pro, tetapi kelebihannya adalah sokongan 5G dan cip lebih baru Snapdragon 750G.

Tags: OnePlusOnePlus Nord CE 5G
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
OnePlus Nord CE, telefon 5G murah & nipis dengan kuasa Snapdragon 750G

OnePlus Nord CE, telefon 5G murah & nipis dengan kuasa Snapdragon 750G

11 June 2021
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN