Perkembangan Vaksin COVID-19 #12: Vaksin untuk kanak-kanak & aplikasi MySejahtera bermasalah

Antara isu yang dikupaskan kali ini ialah, Malaysia berhasrat untuk melakukan 300,000 vaksinasi setiap hari, kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas mungkin akan diberi vaksin seawal bulan Ogos dan apa yang harus anda lakukan sekiranya halaman vaksinasi tidak dipaparkan di MySejahtera?

1. Malaysia mencecah 150,000 suntikan vaksin sehari

Malaysia telah mendapat pencapaian baru untuk jumlah suntikan sehari iaitu lebih dari 150,000 dos suntikan. Ini dicapai pada 8 Jun dengan jumlah 151,309 dos diberikan yang terdiri daripada 105,722 dos pertama dan 45,587 dos ke-2. Malaysia mensasarkan untuk mencapai 200,000 suntikan sehari pada bulan Julai dan 300,000 setiap hari pada bulan Ogos.

2. Warga emas yang menuntut untuk memilih vaksin akan melambatkan vaksinasi

Dilaporkan ada beberapa warga emas telah menuntut untuk memilih jenis vaksin mereka dan ini telah memperlambat vaksinasi di Setia City Convention Center, Shah Alam. Mereka yang enggan menerima suntikan akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu. Namun, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat vaksin pilihan mereka dalam janji temu seterusnya.

3. Dapatkan bantuan vaksinasi pada MySejahtera

Sekiranya anda mempunyai masalah dengan janji temu vaksin anda, anda kini boleh mendapatkan bantuan dari MySejahtera pada bahagian Helpdesk. Ciri itu telah dikemaskini untuk anda tanyakan tentang janji temu vaksin.

4. Tidak dapat melihat halaman vaksinasi?

Sekiranya anda mengalami masalah dengan aplikasi MySejahtera pada halaman check-in atau  pada halaman vaksinasi. Anda dicadangkan untuk padam dan muat turun semula aplikasi itu. Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, anda boleh menetapkannya semula di halaman log masuk.

5. Malaysia boleh mula beri vaksin kepada anak-anak seawal Ogos

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba telah mendedahkan bahawa kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun akan diberi vaksin di bawah Fasa 5 Program Imunisasi Kebangsaan. Perkara ini boleh dilakukan seawal bulan Ogos, tetapi ia perlu mendapat persetujuan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Menurutnya, pada masa ini hanya Pfizer sahaja yang telah mengemukakan permohonan kepada NPRA.

6. Status vaksinasi dan Pendaftaran

Setakat 8 Jun 2021 jam 11.59 malam, Malaysia telah memberikan sejumlah 3,790,121 dos vaksin kepada individu dan 1,180,744 telah menyelesaikan vaksinasi mereka dengan 2 dos.

Dari segi pendaftaran pula, lebih daripada 12.7  juta individu telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin dan ini merupakan 52.70% dari populasi yang disasarkan.