• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Ini 4 telefon yang terbaik untuk potret, landskap, zum, dan video menurut pakar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:11 pm
  • 14/06/2021
  • Komen
Ini 4 telefon yang terbaik untuk potret, landskap, zum, dan video menurut pakar
Share on FacebookShare on Twitter

DxOMark, entiti terkenal yang menjalankan analasis kualiti kamera telefon pintar telah menyenaraikan 4 telefon terbaik dalam kategori premium untuk fotografi potret, landskap, zum, dan video.

Menurut mereka, ramai pengguna tercari-cari kamera telefon yang baik dalam kategori premium dek kategori ultrapremium yang terlalu mahal. Dalam kategori premium, pengeluar terpaksa melakukan kompromi pada beberapa komponen telefon agar mereka boleh meletakkan tanda harga yang lebih mampu milik.



DxOMark telah menyenaraikan:

  1. Apple iPhone 12
  2. Google Pixel 5
  3. Galaxy S21 5G
  4. Xiaomi Mi 11

Terbaik untuk potret

iPhone 12 memberikan hasil yang konsisten pada dedahan wajah, tona kulit, dan kejituan semasa membdidik. Di belakangnya ada Pixel 5 yang berikan hasil sama hebat tapi ada kelebihan daripada segi simulasi bokeh yang lebih tepat.



Namun, kalau anda perlukan gambar potret dengan FOV yang luas beserta simulasi bokeh yang cantik, telefon yang anda perlukan ialah Galaxy S21 5G.

Terbaik untuk landskap

Xiaomi dengan sensor 108MP mampu memberikan imej yang cukup tajam lantas menjadikannya ideal untuk fotografi bergenre landskap. Pixel 5 juga kelihatan dalam senarai saranan untuk kategori ini.

  • iPhone 12
  • Pixel 5
  • Galaxy S21 5G
  • Xiaomi Mi 11

Kedua-dua Mi 11 dan Galaxy S21 5G tidak pula disarankan sungguhpun mereka miliki kamera ultralebar 12MP. Kalau anda perhatikan, julat dinamik Galaxy S21 5G lebih menyerlah berbanding iPhone 21.

Terbaik untuk zoom

DxOMark menyarankan Galaxy S21 5G sekiranya anda perlukan sebuah telefn versatile daripada segi mengezum keluar dan masuk. Ia satu-satunya telefon dalam kalangan empat yang disarankan, punyai ciri zum hibrid sedangkan yang lain menggunakan zum digital semata-mata.

  • iPhone 12
  • Pixel 5
  • Galaxy S21 5G
  • Xiaomi Mi 11

Sepatutnya Mi11 tidak disishkan kerana kamera 108MP yang dimilikinya cukup resolusi untuk pengguna lakukan proses crop selepas gambar diambil untuk mendapatkan hasil zum yang setara hebatnya.

Terbaik untuk gambar malam

DxOMark hanya menyatakan iPhone 12 sebagai telefon terbaik untuk gambar malam tanpa memberikan ulasan sama seperti dalam kategori-kategori sebelum ini.

Namun, daripada analisis, iPhone 12 dilaporkan membidik focus lebih pantas dalam keadaan malap berbanding telefon lain. Pixel 5 pula adalah telefon yang paling perlahan membidik dalam gelap, malah ada masanya ia gagal mencari titik fokus.

Daripada segi kualiti gambar, Mi 11 hasilkan gambar paling kabur berbanding 3 pesaingnya yang lain.

Terbaik untuk video

Dalam ujian makmal, iPhone 12 didapati berikan dedahan paling cerah berbanding telefon lain dalam pencahayaan malap. Ia diikuti rapat Mi 11, Galaxy S21 5G dan Google Pixel 5.

Sekiranya anda perlukan video gerak perlahan, semua telefon ini mampu merakam slowmo sehingga 240fps pada resolusi FHD. Namun, Galaxy S21 5G sahaja yang mampu pergi lebih perlahan apabila mencapai frame rate setinggi 960fps tapi pada resolusi HD sahaja.

Sumber: DxOMark

Tags: appledxomarkGoogleGoogle Pixel 5iphone 12pixel 5samsungSamsung Galaxy S21Samsung galaxy s21 5gxiaomiXiaomi Mi 11
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ini 4 telefon yang terbaik untuk potret, landskap, zum, dan video menurut pakar

Ini 4 telefon yang terbaik untuk potret, landskap, zum, dan video menurut pakar

14 June 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER