PROMO: Jualan 618 Huawei Carnival sediakan diskaun, hadiah percuma & baucar Grab

Pada hari besar atau BIG, Huawei akan mengadakan jualan khas Huawei Carnival. Jualan ini akan diadakan secara eksklusif dalam talian, di Stor Online Huawei Malaysia.

Khusus pada 18 Jun 2021, beberapa produk Huawei akan diberikan diskaun. Produk yang terlibat adalah:

  • Huawei MatePad 10.4 – RM1,499 RM1,399
  • Huawei Watch GT 2 Pro – RM1,199 RM1,099
  • Huawei Watch FIT – RM499 RM431
  • Huawei FreeBuds Studio – RM1,199 RM999
  • Huawei FreeBuds 4i – RM379 RM319

Bagi produk terpilih lain, Huawei menyediakan hadiah percuma untuk pembeli. Hadiah ini diberikan selagi stok masih ada. Terdapat tiga pakej hadiah yang disediakan iaitu:

  • Pakej 1 – payung, beg kanvas, penyembur pelbagai guna
  • Pakej 2 – penyembur pelbagai guna, buku nota, kabel USB
  • Pakej 3 – speaker Bluetooth, pemegang telefon, kabel USB

Produk Huawei yang akan menerima hadiah percuma ini adalah:

Pakej 1 – Laptop Huawei Matebook, komputer Huawei MateStation & monitor Huawei Display 23.9

Pakej 2 – gelang Huawei Band, jam Huawei Watch, fon telinga Freebuds & Huawei FreeLace Pro, speaker Huawei Sound X, router Huawei AX3 dan cermin mata Huawei Gentle Monster II

Pakej 3 – telefon pintar siri Mate 40, siri Mate 30, siri P40, siri Nova, siri Y, tablet siri MatePad dan TV siri Vision S

Tidak terhad di situ, pembeli juga berpeluang menerima baucar Grab sehingga RM20. Layari laman web Huawei Carnival 2021 sekarang untuk mula melihat tawaran yang disediakan dan membelinya pada 18 Jun nanti.