Kerajaan Perak edar telefon berkualiti rendah dan harapkan pencapaian berkualiti tinggi?

Preview in new tab

Di Perak, kerajaan negeri telah melancarkan inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani pada awal Februari 2021 lalu dengan peruntukan sebanyak lebih RM2.7 juta bagi memanfaatkan hampir 200 ribu pelajar di Perak khususnya daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad menyerahkan cek olok-olok kepada Pengarah Pendidikan Perak. – sumber

Di bawah inisatif tersebut, sebanyak 20,000 telefon pintar sedang diedarkan secara berperingkat kepada pelajar-pelajar Tahun 1 hinggalah kepada Tingkatan 6 untuk membantu mereka belajar. Yang menjadi persoalan adalah jenis telefon yang diedarkan.

Daripada video yang dikongsikan oleh pihak-pihak yang terlibat, ia adalah daripada model Yes Altitude 3 yang mendukung nombor model M685Y4.

Berikut adalah spesifikasi telefon tersebut:

  • Paparan LCD 5″ 480p
  • CPU MediaTek MT6739WA
  • RAM 1GB
  • Storan 8GB
  • OS Android 10 Go
  • Kamera belakang 8MP
  • Kamera depan 2MP
  • Bateri 2,000mAh

Berkaitan spesifikasi itu, yang pertama ialah ia menggunakan CPU yang sangat berusia. MediaTek MT6739 dilancarkan dalam bulan September 2017. Agak sukar untuk merasionalkan penggunaan telefon dengan RAM 1GB untuk pembelajaran.

Menerusi tinjauan, telefon ini didatangkan dengan aplikasi Frog Play, sebuah platform pembelajaran yang dibangunkan oleh pihak yang ada kaitan dengan Yes 4G. Sudahlah telefon dikeluarkan Yes 4G, platform pembelajaran dibangunkan Yes 4G, data mudah alih juga perlu gunakan Yes 4G.

Apabila beroleh seunit Yes Altitude 3 edisi percuma ini, ia didatangkan bersama kad SIM Yes 4G . Cuba anda fikirkan, siapakah yang lebih untung daripada inisiatif ini? Pihak kerjaan dapat nama, penyedia perkhidmatan dapat pelanggan. Anda dapat apa?