• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penularan COVID-19 di Malaysia & Taiwan jejaskan pembekalan produk semikonduktor global

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:15 am
  • 14/06/2021
  • Komen
TSMC Dahului Samsung Dalam Penghasilan Pukal Cip 7nm
Share on FacebookShare on Twitter

Di Malaysia, terdapat laporan kilang semikonduktor di Batu Berendam, Melaka yang terpaksa diturunkan kapasiti pengeluaran akibat penularan wabak ini. Walaupun dibenarkan beroperasi, 60% kakitangan diarahkan tidak hadir ke kilang yang pastinya memberi kesan kepada pembekalan.

Kilang semikonduktor terkenal yang beroperasi ialah Infineon Technologies dan mereka telah mengeluarkan amaran tentang kesan ketandusan cip semikonduktor terhadap industri kereta pintar, produk fokus yang dikeluarkan syarikat itu.



Satu lagi kilang berkaitan semikonduktor di Sarawak, Taiyo Yuden, juga menutup operasi selama 14 hari sejak hujung Mei 2021 selepas 128 kes positif baharu dikesan dalam kalalangan pekerjanya.

Di Taiwan pula, sebagai negara yang bertanggungjawab mengeluarkan 20% daripada cip semikonduktor kegunaan dunia, pemerhati menjangkakan kemarau cip semikonduktor akan meruncing apabila terdapat penularan di kilang-kilang semikonduktor yang menjadi tulang belakang industri elektronik dunia.



Misalnya, salah satu lokasi ujian dan pempakejan cip terbesar Taiwan telah mencatatkan 200 kes positif dalam bulan Jun 2021 manakala 2,000 pekerja lagi dikuarantin. Pengeluar 92% cip paling rumit di dunia, TSMC pula walaupun masih bebas daripada penularan, letusan jangkitan yang berlaku di kilang-kilang yang berjiran dengannya tetap mendatangkan kegusaran.

Kesan berantai ini tak terhenti di situ. Sungguhpun ekonomi negara-negara barat dilihat semakin memulih, ia dikhuatiri akan menghadapi kesan bottleneck daripada negara-negara timur. Sudahlah pengeluaran produk semikonduktor terjejas, rantaian pembekalan turut sama terpalit.

Contohnya, Pelabuhan Yantian, China kini semakin sesak kerana kerajaan China mengambil langkah membendung COVID-19. Ada kapal yang terpaksa menunggu sehingga 14 hari untuk kontena dipindah naik ke atas kapal.

Sumber: WSJ

Tags: COVID-19malaysiasemikonduktorTaiwan
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

TSMC Dahului Samsung Dalam Penghasilan Pukal Cip 7nm

Penularan COVID-19 di Malaysia & Taiwan jejaskan pembekalan produk semikonduktor global

14 June 2021
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

24 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN