Sistem pengecasan 200W Xiaomi dilapor jejaskan hayat bateri lebih pantas daripada biasa

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Xiaomi pernah mendemosntrasikan keupayaan pengecasan pantas 200W, terpantas dalam industry setakat ini. HyPerCharge Xiaomi hanya perlukan 8 minit untuk mengisi penuh bateri Mi 11 Pro yang berkapasiti 4,000mAh.

Sungguhpun sangat mengagumkan, pengguna perlu tahu yang kesan sampingan terhadap hayat bateri. Xiaomi berkongsi beberapa jawapan mereka terhadap pertanyaan yang hangat diutarakan pengguna.

Contohnya, selepas 800 kitaran nyahcas, kapasiti maksimum bateri akan menjadi sekitar 4,000mAh. Satu kitaran penuh nyahcas bolehlah dianggap apabila telefon menggunakan amaun tenaga yang menyamai satu tangki penuh bateri dan ia turut mengira apabila bateri dicas walaupun bateri tidak berada pada 0%.

Sumber

Dengan beranggapan anda menggunakan satu cas penuh sehari, 800 kitaran mengambil masa lebih 2 tahun untuk berlaku dan anda akan berkesudahan dengan telefon dengan bateri berkapasiti 3,200mAh sahaja di hujung kitaran ke 800.

Prestasi ini hampir menyamai dengan teknologi 125W OPPO yang mengurangkan kapasiti pada kadar yang hampir serupa. Pengecasan 65W pula dilaporkan lebih baik kerana hanya menjejaskan 8% sahaja kapasiti bateri selepas 800 kitaran.

Sama ada 2 tahun ini tempoh yang munasabah untuk pengguna, ia sangat bergantung kepada golongan pengguna telefon sendiri. Ada golongan yang menukar ganti telefon dengan lebih kerap dan ada pula yang setia dengan telefon sedia ada untuk tempoh lebih 2 tahun.

Misalnya, Apple masih lagi menyokong iOS 15 pada keluarga iPhone 6 yang sudahpun berusia 6 tahun. iPhone 6 Plus, teleofn yang miliki kapasiti bateir terbesar dalam siri itu Cuma ada 2,915mAh sahaja.

Adakah ciri bateri boleh ditukar ganti seperti telefon-telefon generasi terdahulu adalah solusi yang palih ampuh untuk menangani isu penguraian kapasiti bateri ini?