Among Us dikemaskini untuk dimain sehingga 15 orang, ada 3 imposter dalam satu kapal

Kebiasaannya, permainan dalam talian Among Us hanya boleh disertai oleh 10 permain sahaja dalam satu-satu masa. Tetapi, bermula pada 15 Jun 2021, had maksimum pemain dinaikkan kepada 15 orang dan imposter juga meningkat kepada 3.

Selain itu, pada tarikh yang sama juga, beberapa kemaskini menarik akan diberikan seperti warna baru untuk rakan kru, skrin menu baru, kebolehan membunyikan hon di dalam kapal dan sokongan untuk alat kawalan mudah alih.

Menurut perkongsian Among Us di Twitter, ini merupakan warna tambahan baru yang boleh digunakan rakan kru nanti, iaitu warna gelap (tan), warna karang (coral), kuning pisang (banana), merah jambu lembut (rose), kelabu (grey) dan maroon.

Kemas kini ini akan tersedia di semua platform yang tersedia untuk bermain Among Us, ia termasuklah di komputer, peranti Android dan iOS serta Nintendo Switch. Versi PlayStation dan Xbox juga sedang dalam proses penyediaan dan dijangka akan dikeluarkan tahun ini.

Namun begitu, saya masih lagi belum boleh bermain permainan ini menggunakan peranti Android dan iOS dengan had 15 kru kapal. Jadi mungkin kemaskini ini akan dikembangkan secara fasa.

[Sumber: TheVerge]