2 vaksin 1 dos diluluskan NPRA & vaksin Pfizer boleh digunakan ke atas kanak-kanak lebih 12 tahun

DG Hisham hari ini melalui portal kpkesihatan.com telah mengumumkan yang ada dua vaksin COVID-19 yang hanya perlukan 1 dos untuk lengkapkan program pemvaksinan telah diluluskan oleh NPRA.

Vaksin yang pertama ialah Convidecia keluaran CanSino Biologics Inc. China manakala vaksin yang kedua ialah Janssen COVID-19 Vaccine keluaran Johnson & Johnso (J&J)n. Kelulusan bersifat untuk kegunaan kecemasan ini masih perlu dipantau daripada masa ke masa daripada segi kualiti, keselamatan dan perbandingan manfaat-risiko.

Vaksin 1 dos sangat berguna untuk digunakan keatas penerima yang tinggal di pedalaman. Juruvaksin tidak perlu lagi pergi ke lokasi penerima untuk sesi kedua lantas menjimatkan masa dan mempercepatkan proses negara mencapai keimunan kelompok.

Selain Malaysia, negara yang member kelulusan keatas CanSino ialah Argentina, Hungary, Mexico, dan China. Negara yang meluluskan penggunaan vaksin J&J ialah Ireland, A.S, U.K, dan beberapa negarae Eropah yang lain.

Dalam kenyataan yang sama juga, KKM turut melaporkan yang pihak mereka meluluskan penggunaan Comirnaty keatas kanak-kanak 12 tahun ke atas.

Sumber: KPKesihatan, Gambar Pemuka