• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

EL Salvador pertama dunia perakui Bitcoin sebagai wang sah

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:16 pm
  • 15/06/2021
  • Komen
EL Salvador pertama dunia perakui Bitcoin sebagai wang sah
Share on FacebookShare on Twitter

Negara El Salvador pada 10 Jun 2021 telah jadi negara pertama dunia yang mengiktiraf Bitcoin sebagai wang sah (legal tender). Hal ini bermakna, ia sah digunakan untuk melunaskan apa-apa transaksi kewangan yang sah disisi undang-undang malahan pihak yang menerima dianggap melakukan kesalahan sekiranya menolak penawarn pembayaran menggunakan bitcoin.

Di Malaysia, anda boleh melombong seberapa banyak Bitcoin yang anda mahu, tapi anda masih belum boleh membayar hutang ataupun menyimpannya di bank-bank yang bernaung di bawah Bank Negara.



Dengan langkah tersebut, Bitcoin akan menyertai Dolar Amerika sebagai wang sah untuk negara tersebut dalam masa 90 hari.

Cadangan yang menerima undian 62 daripada 84 katanya akan memudahkan aliran masuk tunai daripada luar. El Salvador sangat bergantung kepada wang yang dihantar rakyatnya yang bekerja di luar. Seperlima ataupun USD 6 billion daripada GDP negara itu adalah wang daripada luar.



Selain itu, Presiden negara itu berharap yang Bitcoin mampu memacu pertumbuhan sector pelancongan negara itu. Matawang Dolar Amerika yang digunakan sekarang tetap akan digunakan

Walau bagaimanapun, Langkah ini turut menimbulkan kegusaran dalam kalangan pemerhati. Sifat nyahpusat Bitcoin menyukarkan pihak berkuasa untuk mengawal selia matawang tersebut. Ia bakal memudahkan orang yang tak bertanggungjawab mengelak daripada membayar cukai malahan menggubah wang haram juga boleh dilakukan di Bitcoin.

El Salvador juga ialah ahli kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), badan yang mengelolakan sitem kewangan dunia bersama-sama Bank Dunia. Disebabkan El Salvador juga menerima wang daripada tabung tersebut, mereka mungkin ada beberapa kontrak perundangan yang perlu diperhalusi bersama-sama entiti-entiti tersebut.

Sumber: BBC, Merco Press, SCMP, Gambar Pemuka

Tags: bitcoinkriptowang
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

EL Salvador pertama dunia perakui Bitcoin sebagai wang sah

EL Salvador pertama dunia perakui Bitcoin sebagai wang sah

15 June 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN