• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pengguna iPhone 5S, 6 & 6 Plus perlu muat turun kemaskini iOS 12 dengan segera

  • OLEH Najib
  • 4:39 pm
  • 15/06/2021
  • Komen
Pengguna iPhone 5S, 6 & 6 Plus perlu muat turun kemaskini iOS 12 dengan segera
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda masih menggunakan iPhone dengan sistem operasi iOS 12, maka ada kemaskini baru yang perlu anda pasang. Apple baru sahaja mengeluarkan kemaskini keselamatan penting untuk menampal kerentanan yang dilaporkan telah disalahgunakan secara meluas.

Untuk mengemaskini peranti anda kepada iOS 12.5.4, anda boleh melakukannya dengan pergi ke bahagian “Settings > General > Software Update“. Model yang dilaporkan terlibat dalam kemaskini ini adalah iPhone 5S, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPad Air, iPad mini 2, iPad mini 3, dan iPod touch gen-6.



iPhone 5s

Dalam nota Apple, kemaskini ini mensasarkan baikpulih kepada dua kelemahan berkaitan WebKit dan satu lagi pepijat yang dicipta, kesemuanya membawa kepada pelaksanaan kod tanpa sekatan. Untuk peranti yang menggunakan iOS 14, ia telah dibaiki di dalam kemaskini iOS 14.6.

Ini adalah satu langkah yang sangat bagus daripada Apple, walaupun mereka sebenarnya tidak mempunyai kewajiban untuk membaiki masalah keselamatan untuk peranti lama. Kebanyakan jenama lain hanya menguruskan sekitar 2 ke 5 tahun untuk kemaskini keselamatan.



Mengapa Apple masih mahu membaiki keselamatan di iPhone 5s yang dilancarkan pada tahun 2013? Perkara ini sebenarnya mungkin mengejutkan kerana masih ramai yang menggunakan model ini. Menurut DeviceAtlas, model iPhone lama yang digunakan pada tahun 2020 adalah, 5.3% iPhone 6, 1.55% iPhone 5s dan 1.42% iPhone 6 Plus. Bermakna, ia meliputi sejumlah 8.3% dari seluruh pengguna iPhone.

Statistik pengguna iPhone di seluruh dunia 2020. Sumber

DeviceAtlas turut menyatakan, iPhone yang paling banyak digunakan pada tahun 2020 di seluruh dunia adalah iPhone 7, dan iPhone XR di Amerika Syarikat. Statistik untuk Malaysia turut ada. Tempat pertama adalah iPhone 7 Plus (7.31%), diikuti iPhone XS (4.38%) dan iPhone 6 (3.62%).

Pengguna dinasihatkan untuk menaik taraf peranti mereka apabila sokongan kemaskini keselamatan tidak lagi diberikan. Ini untuk memastikan keselamatan data dan peranti mereka masih dilindungi.

[Sumber: Gizmodo]

Tags: appleiPhone 5siphone 6iPhone 6 Plus
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna iPhone 5S, 6 & 6 Plus perlu muat turun kemaskini iOS 12 dengan segera

Pengguna iPhone 5S, 6 & 6 Plus perlu muat turun kemaskini iOS 12 dengan segera

15 June 2021
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN