Genshin Impact & LoL Wild Rift antara pemenang anugerah Apple Design Award 2021

Salah satu acara yang berlangsung semasa Apple WWDC 2021 adalah pemberian anugerah Apple Design Award. Ia diadakan untuk menghargai pembangun perisian dan aplikasi yang tersenarai ke dalam stor aplikasi Apple AppStore.

Tahun ini, sebanyak dua aplikasi dipilih sebagai pemenang, senarai akhir yang memiliki daripada 36 aplikasi. Enam kategori anugerah ini adalah Inclusivity (keterangkuman), Delight & Fun (menarik & seronok), Interaction (perhubungan), Social Impact (impak sosial), Visuals and Graphics (rupa dan grafik), dan Innovation (penciptaan.

Semua pemenang menerima pakej hadiah berupa perkakas dan gajet, serta plak anugerah.

Senarai pemenang adalah seperti berikut:

1. Inclusivity

Permainan ini memerlukan pengguna berinteraksi dengan mengawal pergerakan, saiz perkataan, kontras, bunyi dan kesan khas untuk mencapai sesuatu tujuan dalam peringkat tersebut.

Aplikasi ini menyediakan perkhidmatan membaca daripada teks terbaik dalam kelasnya. Ia boleh membaca dari apa jua sumber digital, seperti PDF, laman web dan buku-elektronik, di dalam lebih 20 bahasa. Pengguna boleh memilih suara dengan tona yang dikehendaki, dialek, dan kelajuan mengikut keseuaian pendengaran.

2. Delight and Fun

Permainan santai ini menyeronokkan dengan kawalan mudah, jalan cerita dan pengalaman bermain seperti konsol. Walaupun menggunakan dialog seperti komik, ia memiliki kejutan demi kejutan dalam setiap sudut permainan.

Kanak-kanak pasti gemarkan permainan ini kerana ia memberi ganjaran kepada kreativiti dan ujikaji, melalui getaran lembut dan kesan khas bunyi yang tepat pada masanya.

3. Interaction

Interaksi berbeza dalam setiap sudut menggabungkan gerakan, getaran, dan kesan bunyi dinamik menjadikan ia terasa luar biasa. Ia ditambah lagi dengan notifikasi pintar, gambar dan lagu yang berubah mengikut cuaca, masa dan musim dunia sebenar.

Aplikasi yang dikenali ramai dengan ramalan cuaca yang lucu dan unik ini dikemaskini dengan rekaan yang mudah dan elegan. Ia hadir dengan pelbagai widget boleh ubahsuai, serta koleksi muka jam yang sangat berguna.

4. Social Impact

Permainan ini memperlihatkan bagaimana sikap positif terhadap alam sekitar akan membuahkan hasil untuk manusia, di samping membawa kisah mengenai keluarga, kejiranan, aktiviti dan kebaikan. Untuk setiap muat turun permainan ini, satu pokok akan ditanam untuk membantu projek penanaman semula hutan di Madagascar.

Perisian ini membolehkan golongan kurang penglihatan untuk mengenali objek dengan orang ramai dari seluruh dunia. Ia digunakan oleh lebih 300,000 orang buta dan kurang penglihatan, serta 4.5 juta sekarelawan, meliputi lebih 150 negara dan 180 bahasa.

5. Visual and Graphics

Permainan ini membawakan paparan yang luar biasa untuk permainan mudah alih. Gerakan kabur, kualiti bayangan dan kadar bingkai boleh diubahsuai masa nyata, tida kira semasa bertarung dengan raksasa, menggegarkan bumi, terbang di waktu kilat menyabung, mahupun mengumpul kuasa api dan salji.

Gabungan aktiviti santai, penceritaan dan bunyi yang damai menjadikan sesi masuk tidur di Loona sangat menarik.

6. Innovation

Permainan yang kompleks di komputer kini terdapat di telefon pintar, dengan pengalaman penuh yang sama. Ia dibina dari asas untuk memastikan kawalan sentuhan yang tepat bagi telefon pintar, bersama sistem sasaran automatik untuk membantu pemain baru.

Perisian ini adalah aplikasi muzik berkualiti studio semua-dalam-satu. Ia membolehkan pemuzik dari pelbagai genre dan kepakaran untuk menghasilkan muzik tanpa batasan. Dengan bantuan kecerdasan pintar dan Core ML, ia membantu pengguna untuk membaiki vokal, memberi maklumbalas pantas dan menghasilkan bunyi yang menepati muzik yang dibina.

[Sumber: Apple]