• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Google Workspace kini dibuka untuk semua pengguna akaun Google

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:12 pm
  • 16/06/2021
  • Komen
Menteri Komunikasi arah melanjutkan tempoh spektrum dan menambah jalur untuk Altel
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 19/6/2021 – Artikel ini dikemaskini dengan maklumat mengenai Google Workspace Individual. Ia adalah pelan berbayar dan akan dibuka untuk pengguna Individu, tidak lagi terhad kepada pengguna perniagaan sahaja.


Dahulunya, sesiapa yang mahu menggunakan perkhidmatan Google Workspace perlu membayar dengan harga pelan yang disediakan. Tetapi, dimaklumkan bahawa Google Workspace kini percuma dibuka untuk digunakan oleh semua pengguna akaun Google.



Dikenali sebagai G Suites pada satu masa dahulu, Workspace menyatukan semua platform kerja dalam talian Google seperti Gmail, Docs, Sheets, Drive Meet, Calendar dan Chat.

https://www.youtube.com/watch?v=Q_ZPBqVF0_8&t=18s

Dengan Google Workspace, ada pelbagai perkara anda boleh lakukan bersama-sama secara dalam talian contohnya merancang perjumpaan keluarga, melakukan perbincangan mengenai PIBG sekolah atau berhubung dengan ahli persatuan yang anda sertai.



Pertama, anda boleh berhubung dengan keluarga atau rakan anda melalui Google Chat. Di situ, anda boleh membuat satu bilik (rooms) dan menjemput individu lain untuk berkomunikasi serta berkongsi video dan gambar. Melaluinya juga anda boleh kongsikan dokumen Google Sheets untuk berbincang hal yang berkaitan.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan Smart Canvas di Google Docs untuk menghimpunkan sekumpulan individu dan melakukan suntingan pada dokumen tersebut bersama pada satu-satu masa.

Jika ingin melakukan perbentangan secara bersemuka, anda boleh gunakan Google Meet. Di situ anda boleh kongsikan dokumen Docs, Sheet atau Slide untuk dilihat secara langsung bersama ahli lain.

Kemaskini ini sememangnya dapat memudahkan semua individu untuk terus berhubung dan melakukan tugasan secara dalam talian dengan lebih mudah tanpa perlu membayar. Ini amat membantu lebih-lebih lagi jika anda ditugaskan untuk bekerja dari rumah.

Tags: GoogleGoogle workspace
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Menteri Komunikasi arah melanjutkan tempoh spektrum dan menambah jalur untuk Altel

Google Workspace kini dibuka untuk semua pengguna akaun Google

16 June 2021
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER