• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lego Adidas Originals Superstar Sneaker, tampil dengan kotak & tali seperti kasut asli

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:16 pm
  • 16/06/2021
  • Komen
Lego Adidas Originals Superstar Sneaker, tampil dengan kotak & tali seperti kasut asli
Share on FacebookShare on Twitter

Lego bekerjasama dengan Adidas Originals menghasilkan set kasut Lego terbaru dikenali sebagai Adidas Originals Lego Superstar Sneaker. Dengannya, anda boleh mencipta kasut ikonik Adidas sendiri menggunakan bata lego.

Dari segi rekaan, kasut ini jelas memperlihatkan kombinasi rekaan antara jenama Adidas dengan Lego. Lego Superstar Sneaker merupakan kasut saiz dewasa. Tampil seperti kasut versi yang asli, ia mempunyai gabungan warna putih klasik dan hitam sambil disertakan dengan rekaan tiga jalur khas, shelltoe dan tab tumit (heel tab) pada bahagian belakang kasut.



Kasut ini berukuran lebih dari 12 cm tinggi, 27 cm panjang dan lebar 9 cm. Ia disertakan sekali dengan alat bantuan mendirikannya.

Selain itu, set ini juga disertakan dengan tali kasut dan disediakan di dalam kotak kasut khas berwarna biru. Ini membuatkan Adidas Originals Lego Superstar Sneaker tampil seperti kasut yang asli.



Set ini merangkumi 17 elemen Lego tambahan, anda boleh memilih untuk mencipta sebelah kasut sahaja, kasut kaki kanan atau kaki kiri. Jadi, jika anda mahu sepasang kasut, anda perlu beli 2 set.

Untuk meraikan kreativiti dan penemuan yang ada pada Lego Adidas Originals Superstar, Lego meminta enam individu kreatif menghiasi sendiri kasut bata Lego ini mengikut versi mereka. Anda boleh lihat rekaan yang mereka hasilkan dengan lebih terperinci di sini.

Bukan itu sahaja, Lego juga mengajak semua peminat untuk melakukan perkara yang sama. Muat naik gambar peribadi anda, dengan kasut yang sudah dihias mengikut kreativiti sendiri dan sertakan hashtag #RebuiltByOriginals.

Adidas Originals Lego Superstar Sneaker ini akan dilancarkan pada 1 Julai secara eksklusif di kedai rasmi Lego, dengan harga yang disyorkan RM 449.90. Ia juga akan dijual di Adidas Original Pavilion, Brand Centre Sunway Pyramid dan Adidas Malaysia Online mulai 30 Julai 2021.

Ianya kemudian akan tersedia di kedai rasmi Lego di Lazada, Shopee serta peruncit dan gedung serbaneka utama di Malaysia pada bulan September.

Tags: Adidaslego
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Lego Adidas Originals Superstar Sneaker, tampil dengan kotak & tali seperti kasut asli

Lego Adidas Originals Superstar Sneaker, tampil dengan kotak & tali seperti kasut asli

16 June 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

25 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN