Singapura akan wajibkan pengguna e-skuter lulus ujian teori sebelum mula menunggang

Kerajaan Singapura sedang merangka dan akan menguatkuasakan undang-undang yang mewajibkan pengguna e-skuteruntuk lulus ujian teori sebelum menggunakan sebarang pengangkutan dalam kalas itu digunakan dalam republic itu.

Ada dua jenis ujian yang akan disediakan, satu untuk basikal yang dikuasakan bateri dan satu lagi untuk e-skuter. Untuk yang ingin menggunakan basikal elektrik, sebanyak 40 soalan perlu dijawab dalam masa 40 minit manakala ujian e-skuter mengandungi 30 soalan yang perlu dijawab dalam masa 30 minit.

Sekiranya lulus, pihak berkuasa akan menganugerahkan peserta dengan sijil digital yang tiada tarikh luput sebagai kebenaran untuk mereka menggunakan kaedah pengangkutan berbateri itu.

Selepas mulanya tempoh kuat kuasa, sesiapa yang didapati menggunakan basikal elektrik dan e-skuter tanpa sijil yang sah boleh dikenakan denda sehingga SGD2,000 ataupun penjara 6 bulan untuk kesalahan pertama.

Dalam tahun 2017,sebanyak 228 kemalangan melibatkan kenderaan e-skuter dan basikal elektrik dilaporkan dan ada yang melibatkan kehilangan nyawa. Misalnya, dalam bulan September 2019, seorang pengguna e-skuter melanggar seorang penunggang basikal sehingga menyebabkan koma sebelum meninggal di hospital beberapa hari kemudian.

Sumber: The Straits Times