• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YTL Communications mula siasat insiden telefon Yes 4G yang meletup

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:58 pm
  • 17/06/2021
  • Komen
YTL Communications mula siasat insiden telefon Yes 4G yang meletup
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak YTL Communications telah menghubungi pihak SoyaCincau untuk memberi respons terhadap berita insiden telefon meletup yang kami laporkan beberapa hari lalu. CEO Wing K. Lee menyatakan yang mereka mengambil maklum dan memandang serius isu keselamatan ini dan satu siasatan sedang dijalankan.

Pihak mereka telah menghubungi Puan Suryani, individu yang mengutuskan berita berkaitan telefon itu untuk Tindakan susulan. Pihak SKMM juga telah mengambil maklum perkara ini dan meminta pihak Puan Suryani mengemukakan aduan rasmi ke [email protected].



Telefon Yes Altitude 3 dibangunkan bersama China Mobile

Menurut YTL Comm. Telefon Yes Altitude 3 adalah produk yang dibangunkan bersama pihak mereka dengan China Mobile. Sebanyak 100 ribu uni telefon yang sama telah diedarkan kepada golongan B40 di bawah inisiatif Learn From Home. Inisiatif tersebut sudahpun berjalan sejak tahun lepas dan sehingga kini masih belum ada apa-apa laporan telefon bermasalah.

Pengeluar telefon itu, China Mobile, sendiri mengesahkan yang bateri dalam setiap Altitude 3 juga telah digunakan di lebih 4.5 juta unit telefon ke seluruh dunia sejak 2018 tanpa sebarang masalah.



Inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani dan Jaringan Prihatin adalah dua perkara berbeza

YTL Comm. turut mengambil kesempatan memperjelas satu lagi kekeliruan yang katanya berlaku dalam kalangan pengguna. Inisiatif kerajaan negeri Perak yang dikenali sebagai Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) dengan Jaringan Prihation Nasional adalah dua inisiatif yang berbeza walaupun penerima dibawah inisiatif itu menerima telefon yang sama.

Hal ini bermakna, penerima manfaat TCS masih boleh menebus Jaringan Prihatin Nasional jika mereka nak.

Penawaran Jaringan Prihatin Nasional Yes 4G berbeza berbanding telco lain. Yes menawarkan golongan B40 dengan telefon percuma dan data percuma sehingga 30GB selama 12 bulan tanpa deposit, kontrak, ataupun bayaran pendahuluan.

Sumber: Gambar Pemuka

Tags: SKMMyes 4gyes altitude 3ytl
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Aturan Kerja Fleksibel (AKF) berkuat kuasa 1 September, siapa yang sesuai memohon?

Aturan Kerja Fleksibel (AKF) berkuat kuasa 1 September, siapa yang sesuai memohon?

28 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER