GoCar mencari sukarelawan untuk membawa warga emas ke pusat vaksin

GoCar kini mencari sukarelawan GoVax Heroes, yang boleh memandu untuk membawa warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, serta individu kurang upaya (OKU) untuk membawa mereka ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah Petaling, Selangor. Ia merupakan salah satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh GoCar untuk melancarkan lagi program vaksin COVID-19.

Sukarelawan ini akan ditugaskan untuk memandu pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, supaya tidakm mengganggu hari kerja. GoCar juga akan menyediakan kenderaan, petrol dan bayaran parking untuk memandu ke PPV. Sebagai penghargaan, GoCar akan turut memberikan kredit GoPocket RM30 sehari kepada sukarelawan GoVax Heroes.

Program ini terbuka kepada semua individu berusia 18-50 tahun dan memiliki lesen memandu. Kepada yang berminat, anda boleh mendaftar di sini: Sukarelawan GoVac Heroes.

Program GoVax Heroes telah berjalan sejak 25 Mei 2021, dengan kerjasama ADUN Kampung Tunku, YB Lim Yi Wei. Ia menyediakan bantuan penghantaran ke PPV di Sunway Pyramid Convention Centre, Hospital Shah Alam, Klinik Rakan Medik Petaling Jaya, University Malaysia Medical Centre (UMMC) dan Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC).

Jika anda memerlukan bantuan untuk menghantar warga emas atau OKU ke PPV berkenaan, anda boleh menghubungi GoVax di talian 1-300-30-2633 (24 jam) atau membuat tempahan menerusi aplikasi GoCar di Apple Apsstore dan Google PlayStore.

Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal dari hari diperlukan. Pemandu adalah terhad dan permintaan akan diproses berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

Program GoVax ini akan tamat pada 31 Ogos 2021. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman GoVax Free Shuttle.