• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nielsen akan cuba ukur pola tontonan Netflix anda, tapi kenapa?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:53 am
  • 18/06/2021
  • Komen
Nielsen akan cuba ukur pola tontonan Netflix anda, tapi kenapa?
Share on FacebookShare on Twitter

Mengukur viewership sesuatu rancangan di TV bukanlah sesuatu yang baru. Pengeluar kandungan telahpun mengukur parameter seperti siapa, dimana, bila, bagaimana, dan sebagainya sejak sekian lama untuk mengetahui prestasi kandungan yang dihasilkan mereka.

Namun, dalam era digital ini, usaha untuk mencerap prestasi kandungan menjadi semakin sukar terutamanya sekiranya kandungan tersebut berada di platform tertutup seperti Netflix dan yang seangkatan dengannya.



Netflix memiliki semua data-data tontonan tapi tidak berkongsikan kepada umum

Platform tertutup bermakna pihak penyedia platform tidak berkongsi secara telus statistik tontonan kepada umum, namun semua itu akan berubah.

Firma penyelidikan terkenal Nielsen akan cuba memungut data-data seperti ini walaupun Netflix dengan ataupun tanpa kerelaan Netflix. Mereka bakal gunakan alat khas yang ditambat pada TV ataupun modem bagi mencerap paket-paket data internet yang berkaitan servis penstriman.



Dengan data-data mentah ini, mereka boleh tahu siarang TV mana yang anda tonton, cerita apa yang ditonton, bilakah anda menontonnya dan macam-macam lagi maklumat yang boleh menyumbang kepada keupayaan pengeluar kandungan memahami prestasi hasil tangan masing-masing.

Perkara ini mungkin tidak memberi kesan langsung kepada anda. Tetapi, ia akan mempengaruhi jenis kandungan yang ditawarkan oleh penyedia-penyedia servis penstriman ini.

Menurut pemerhati, perkara ini akan mengimbangi kuasa rundingan antara pengeluar kandungan dengan penyedia perkhidmatan. Hal ini kerana, sehingga sekarang, Cuma penyedia perkhidmatan sahaja yang tahu akan statistik tontonan sesuatu kandungan walhal pembangun kandungan terpaksa mempercayai bulat-bulat maklumat yang diberikan penyedia perkhidmatan.

Ia membuka ruang eksploitasi seandainya pihak penyedia tahu akan potensi sesebuah kandungan untuk meletup, tapi hanya berkongsi sedikit sahaja keuntungan dengan pengeluar kandungan.

Sumber: WSJ, 2

Tags: Netflixnielsen
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nielsen akan cuba ukur pola tontonan Netflix anda, tapi kenapa?

Nielsen akan cuba ukur pola tontonan Netflix anda, tapi kenapa?

18 June 2021
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN