• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM masih ada pelan Broadband Lite yang tidak patut wujud: RM38 1Mbps 1GB

  • OLEH Najib
  • 5:38 pm
  • 20/06/2021
  • Komen
TM masih ada pelan Broadband Lite yang tidak patut wujud: RM38 1Mbps 1GB
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini dilaporkan bahawa forum komuniti Unifi, telah memuat naik topik mengenai pelan jalurlebar yang dipanggil “Broadband Lite“. Sekilas pandang, ia adalah pelan jalurlebar yang tidak mungkin wujud lagi pada tahun 2021.

RM38 untuk kelajuan 1Mbps dan kuota 1GB

Ia adalah pelan Streamyx yang menggunakan teknologi ADSL. Berharga RM38/bulan, ia menyediakan kelajuan muat turun 1Mbps dan muat naik 384kbps. Malah, ada juga had kuota 1GB dan jika habis, kelajuan disekat kepada 128kbps.



Pelan ini datang bersama kontrak 12-bulan serta router WiFi percuma. Kadar panggilan berasingan dikenakan tetapi telefon tidak diberikan.

Di waktu pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan di mana ramai duduk di rumah, 1GB sebulan sudah pasti tidak mencukupi. Malah, banyak pelan mudahalih memberikan data percuma 1GB setiap hari.



Pertama kali diperkenal pada tahun 2015

Sebenarnya pelan ini bukanlah baru, ia dilancarkan pada Jun 2015. Pihak Telekom Malaysia (TM) telah memaklumkan kami dengan kenyataan rasmi bahawa ini adalah pelan lama dan bukan diperkenalkan semula. Streamyx juga sedang beransur-ansur diganti menerusi peluasan rangkaian gentian fiber di dalam pakej JENDELA.

Malah, pelan ini tidak terdapat di laman web Unifi. Pelan Streamyx paling murah adalah Unifi Lite Home Broadband, dengan kuota tanpa had berharga RM89/bulan.

Ada banyak pilihan lebih baik dan murah

Bagi membantu golongan B40, kerajaan telah melancarkan program Jaringan Prihatin di mana syarikat telekomunikasi memberi 30GB data tambahan dan rebat RM15 setiap bulan.

Di TM sendiri, pengguna yang layak boleh memohon kad SIM prabayar Unifi Mobile percuma dan menikmati 2GB data sebulan serta 1GB data setiap hari, percuma dan tanpa kontrak.

Jika perlukan internet tanpa had untuk kegunaan berbilang peranti, boleh melanggan pelan prabayar Unifi Mobile Bebas dengan pas bulanan tanpa had berharga RM35. Berbeza daripada pelan prabayar lain, pelan Bebas ini turut menyediakan hotspot tanpa had.

Ini adalah pilihan yang jauh lebih baik daripada Unifi Broadband Lite. Tetapi ia hanya sesuai jika ada liputan 4G Unifi Mobile di tempat tersebut.

Selain itu, ada juga pelan Unifi Air yang memberikan sambungan jalur lebar wayarles tanpa had, berharga RM79/bulan tanpa kontrak. Jika perlukan router Wifi, kontrak 24-bulan akan dikenakan.

[Sumber: Unifi, Amanz]

Tags: TMUnifiUnifi Broadband Lite
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
TM masih ada pelan Broadband Lite yang tidak patut wujud: RM38 1Mbps 1GB

TM masih ada pelan Broadband Lite yang tidak patut wujud: RM38 1Mbps 1GB

20 June 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER