• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

IKEA ada speaker yang padan dengan Samsung The Frame

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:04 pm
  • 21/06/2021
  • Komen
IKEA ada speaker yang padan dengan Samsung The Frame
Share on FacebookShare on Twitter

IKEA mengumumkan sebuah speaker unik yang ada rupa seperti bingkai gambar. Ia tentu sekali padan dengan TV Samsung The Frame apabila digandingkan bersama.

Speaker bingkai gambar Symfonisk adalah produk ketiga hasil kerjasama antara Sonos dan IKEA. Mereka ada speaker jenis bookshelf  dan speaker yang turut berfungsi sebagai lampu meja.



Daripada video pelancaran speaker bingkai gambar, berkemungkinan besar ketiga-tiga produk menggunakan sistem audio yang sama. Dalam video teardown oleh pengguna-pengguna yang memuatnaiknya di YouTube, kelihatan saiz speaker yang digunakan adalah sama.

Symfonisk bingkai gambar (sumber)

Symfonisk bookshelf dan speaker Bluetooth Eneby (sumber)

Perkara ini penting kerana mereka tidak berkongsikan spesifikasi teknikal produk ini semasa pelancaran ataupun lakukan sebarang demonstrasi. Malah, maklumat tersebut itu juga tidak ada di laman rasmi produk. Namun, anda masih boleh lakukan perbandingan relatif dengan produk yang sedia ada untuk menjustifikasikan pembelian.



  • Symfonisk bookshelf
  • Symfonisk lampu meja

Speaker ini tidak miliki sebarang jek input audio, semua isyarat audio disalurkan secara wi-Fi. Untuk tujuan itu, anda perlu memasang APP Sonos untuk mengendalikan speaker.

Rekaan unik Symfonisk menjadikannya boleh ditambat kepada unit Symfonisk yang lain dengan cara menarik bekalan elektrik daripada unit yang bersebelahan dengannya. Hasilnya, hanya satu speaker sahaja yang perlu ditambat pada soket elektrik manakala yang selebihnya mengambil bekalan daripada jirannya.

Lagi tentang rekaan, seperti speaker Symfonisk lain, anda boleh lakukan beberapa customization seperti menanggalkan penutup speaker untuk digantikan dengan penutup yang mempunyai rekaan berbeza. Ia sangat berguna apabila anda mahukan ruang tamu anda mengikuti jenis-jenis tema yang tertentu.

Setakat ini, hanya pengguna di A.S sahaja yang boleh menikmati produk ini. Harganya ialah USD199 (RM829).

Tags: ikeaikea symfonisksonosspeaker
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
IKEA ada speaker yang padan dengan Samsung The Frame

IKEA ada speaker yang padan dengan Samsung The Frame

21 Jun 2021
5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2022

5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2022

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER