• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

4 router Wi-Fi 6 bawah RM200 yang perlu anda usyar di Lazada & Shopee

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:46 pm
  • 23/06/2021
  • Komen
4 router Wi-Fi 6 bawah RM200 yang perlu anda usyar di Lazada & Shopee
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda masih lagi gunakan router Wi-Fi 5 percuma yang hadir bersama bila memasang servis jalur lebar, saya cadangkan anda naik tarafkannya kepada Wi-Fi 6. Bukan sahaja harganya kini sudah mampu milik, malahan perbezaan prestasi yang akan anda rasai tentu sekali berbaloi dengan perbelanjaan anda.

Soalan paling kerap orang tanya adalah, bolehkah peranti Wi-Fi 5 disambung kepada router Wi-Fi 6. Jawapannya adalah boleh, malahan naik taraf roter ke Wi-Fi 6 adalah lebih baik berbanding anda gunakan gajet Wi-Fi 6 dalam rangkaian Wi-Fi 5.



Hal ini kerana, Wi-Fi 6 memberi manfaat kepada router daripada segi kawal selia klien yang lebih baik.

Berikut adalah 4 router Wi-Fi 6 pada harga bawah RM200 yang boleh anda temui di Lazada dan Shopee.



Tatacara Penamaan Wi-Fi Diubah, Wi-Fi AC Kini Dipanggil Wi-Fi 5

TP-Link Archer AX10

TP-Link Archer AX10 diperkasa CPU tiga teras berkelajuan 1.5Ghz. Di bahagian belakang ada 1 port WAN dan 4 port Gigabit.

Daripada helaian spesifikasi juga, ia menyokong barisan produk OneMesh keluaran Tp-Link, jadi hanya konfigurasi yang minimum diperlukan untuk memperluas cakupan Wi-Fi menggunakan aksesori tambahan.

Harga: RM199 Lazada Shopee

Huawei AX3

Huawei Wi-Fi AX3 juga ada 1 port WAN dan 3 port LAN, masing-masing mampu mendukung kelajuan 1Gbps.

Namun pada sudut Wi-Fi 6, ia miliki kelajuan tertinggi menurut butiran spesifikasi. Menggunakan teknologi 2 x 2 MU-MIMO, ia dimaklumkan boleh mencapai kelajuan melebih 2402 Mbps sedangkan 3 pesiang lain miliki kelajuan berdasarkan spesifikasi kurang 2,000 Mbps.

Harga: RM185 Lazada Shopee

Mercusys MR70X

Dengar cerita, Mercusys adalah subjenama kepada Tp-Link. Setakat ini saya masih belum jumlah asas kenyataan itu walau apapun, produk-produk mereka boleh tahan murah harganya.

Sama seperti 3 router lain dalam artikel ini, Mercusys MR70X ada 1 port WAN dan 3 port LAN.

Harga: RM185 Lazada Shopee

Mi Router AX1800

Mi Router AX1800 duperkasa CPU kuadteras IPQ6000 bersama-sama dengan 1 teras NPU 1.5Ghz.

Sebanyak 1 port WAN dan 3 port LAN disediakan dan semuanya menyokong kelajuan sehingga 1Gbps. Router ini terus menjalankan sistem operasi OpenWRT sejurus keluar kotak, jadi buat anda yang gemar lakukan ubah suai, ia adalah satu berita baik.

Harga: RM168 LazMall Shopee

Tags: HuaweiHuawei AX3mercusysmercusys mr70xmi router ax1800routerTP-Linktp-link ax10wi-fi 6xiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
4 router Wi-Fi 6 bawah RM200 yang perlu anda usyar di Lazada & Shopee

4 router Wi-Fi 6 bawah RM200 yang perlu anda usyar di Lazada & Shopee

23 June 2021
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER