• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Alchemy Stars, permainan strategi RPG ala anime oleh TourDogStudio & Tencent

  • OLEH Najib
  • 12:49 pm
  • 23/06/2021
  • Komen
Alchemy Stars, permainan strategi RPG ala anime oleh TourDogStudio & Tencent
Share on FacebookShare on Twitter

Tencent adalah satu nama besar dalam dunia perisian dan permainan video mudahalih. Baru-baru ini mereka telah melancarkan satu lagi permainan mudahalih baru, Alchemy Stars. Ia dibangunkan oleh TourDogStudio bersama Tencent.

Alchemy Stars adalah permainan dalam bentuk strategi RPG berteka-teki, dengan pilihan bahasa Inggeris, Jepun dan Korea. Dalam permainan ini, pengguna perlu menyusun strategi perlawanan melalui pahlawan pilihan untuk menewaskan musuh.



Dunia di dalam Alchemy Stars dipanggil Astra, di mana ia didiami oleh puak Aurorians dan Caelestites. Tetapi Astra telah diserang oleh mahkluk gelap yang digelar Eclipsites. Pemain bermula sebagai satu-satunya pihak Caelestites yang selamat dan akan membantu pejuang Aurorians menentang Eclipsites.

Corak permainan di dalam Alchemy Stars berdasarkan teka-teki berjubin. Pemain perlu memadankan jubin bersebelahan dengan warna yang serupa untuk mengaktifkan serangan, di samping melepaskan kemahiran terhebat.



Terdapat lebih 80 watak yang dibahagikan kepada 6 puak untuk dikumpulkan. Setiap watak memiliki kemahiran unik yang berguna semasa pertempuran. Malah, pada tahap tertentu, pemain perlu menggunakan kemahiran unik yang hanya terdapat pada beberapa watak sahaja. Jadi pilihan watak yang berbeza perlu dikumpul untuk meneruskan permainan.

Selain pertempuran biasa, pemain juga dapat mengenali dan mempelajari lebih banyak tentang watak melalui cerita watak, berbual, dan menghabiskan masa dengan watak kegemaran di Colossus – tempat di mana pemain dapat mengadakan perjumpaan sosial dengan watak dan memperoleh bahan dan sumber penting yang dapat membantu anda dalam pengembaraan anda. Pemain dapat meningkatkan prestasi watak dengan kemahiran kerja yang relevan untuk meningkatkan kecekapan.

Bagi yang meminati corak lukisan anime dan suara watak jepun, Alchemy Stars memberikan anda pengalaman permainan yang sangat menepati citarasa. Mod Dinamik menampilkan pergerakan halus seperti kesan tiupan angin, zarah, dan perincian kecil lain. Bagi telefon pintar kelas permulaan atau model lama, pemain boleh memilih mod Statik yang kurang berat untuk grafik.

Permainan Alchemy Stars boleh dimuat turun di Apple AppStore dan Google PlayStore. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.alchemystars.com dan media sosial rasmi di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.

Tags: Alchemy StarstencentTourDogStudio
Najib

Najib

POPULAR

Alchemy Stars, permainan strategi RPG ala anime oleh TourDogStudio & Tencent

Alchemy Stars, permainan strategi RPG ala anime oleh TourDogStudio & Tencent

23 June 2021
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN