• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Forerunner 55 dilancar, hayat bateri GPS sehingga 20 jam

  • OLEH Najib
  • 5:54 pm
  • 23/06/2021
  • Komen
Garmin Forerunner 55 dilancar, hayat bateri GPS sehingga 20 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin Malaysia hari ini melancarkan jam kecergasan mudah guna terbaru mereka, Forerunner 55. Ia memiliki ciri-ciri yang diperlukan untuk peminat kecergasan yang baru mahu berjinak-jinak dengan peranti kecergasan di tangan untuk mencapai sasaran yang diingini.

Harga dan tarikh jualan

Jam kecergasan Garmin Forerunner dijual di Malaysia pada harga RM960. Ia boleh dibeli mulai 23 Jun 2021, daripada Stor Online AECO, stor rasmi Garmin di Lazada dan Shopee, serta daripada semua pengedar sah Garmin di Malaysia.



Terdapat 4 pilihan warna tersedia untuk Garmin Forerunner 55 iaitu hitam, putih, biru dan kelabu.

Dengan harga ini, Forerunner 55 sesuai untuk pengguna yang memiliki bajet rendah tetapi memerlukan peranti kecergasan yang lengkap, serta GPS terbina di dalam. Ia juga mudah untuk digunakan bagi pengguna kali pertama peranti kecergasan dan juga untuk pengguna yang selesa dengan Forerunner 45 dan mahu sedikit naik taraf.



Naik taraf daripada Forerunner 45

Jam kecergasan baru ini merupakan naik taraf berbanding Forerunner 45 yang dilancarkan tahun lepas, dengan harga yang sama. Antara peningkatan di Forerunner 55 adalah hayat bateri lebih lama, sehingga 14 hari dalam mod jam pintar berbanding hanya 7 hari di Forerunner 45.

Selain itu, Forerunner 55 ditambah dengan pemantau denyutan jantung dalam air, nasihat waktu pemulihan, aktiviti HIIT, cadangan aktiviti kecergasan harian, jangkaan waktu tamat larian, serta aktiviti sukan baru seperti Virtual Run dan Track Run.

Spesifikasi

Muka jam Garmin Forerunner diperbuat daripada kaca yang tahan lasak berdiameter 1.04-inci dan resolusi 208×208 piksel. Skrin ini mudah dilihat di bawah cahaya matahari kerana ia menggunakan paparan transflektif “memory-in-pixel (MIP)”.

Beratnya hanyalah 37 gram, antara paling ringan untuk jam kecergasan. Tali jam diperbuat daripada silikon dengan ukuran standard 20mm, membuatkan ia mudah diganti dengan tali lain.

Aktiviti di dalam air seperti berenang disokong dengan keupayaan masuk air sehinga 5ATM. Hayat bateri pula sehingga 14 hari dalam mod jam pintar dan sehingga 20 jam dalam mod GPS.

Sensor pengesan denyutan nadi di Forerunner 55 memantau sepanjang masa 24/7, dan ada fungsi amaran denyutan tidak normal. Ia juga ada pemantau waktu tidur serta kitaran haid untuk pengguna wanita.

Fungsi Live Track turut terdapat di Forerunner 55, membenarkan pengguna berkongsi masa nyata lokasi dan laluan larian dengan keluarga dan kenalan. Ia juga ada butang amaran pantas jika berlaku sesuatu.

Untuk membaca data yang dikumpulkan dengan lebih teliti, pengguna boleh menghubungkan Forerunner 55 dengan telefon pintar iOS dan Android melalui aplikasi Garmin Connect.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Garmin Forerunner 55.

Tags: garminGarmin Forerunner 55
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 55 dilancar, hayat bateri GPS sehingga 20 jam

Garmin Forerunner 55 dilancar, hayat bateri GPS sehingga 20 jam

23 June 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER