• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Carian pelindung muka meningkat selepas sidang media Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:57 pm
  • 24/06/2021
  • Komen
Carian pelindung muka meningkat selepas sidang media Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Share on FacebookShare on Twitter

Data dari Google Trend terkini yang dikeluarkan oleh iPrice Malaysia menunjukkan bahawa, carian Google untuk PPE bagi dalam bangunan (indoor) dan luar bangunan (outdoor) meningkat dengan ketara tahun ini. iPrice membuat satu perbandingan permintaan berdasarkan separuh pertama 2020 dan separuh pertama 2021.

Alat PPE untuk outdoor yang dimaksudkan ialah sarung tangan, pelindung muka, topeng muka N95, topeng muka KN95, topeng muka pembedahan dan topeng muka kain.



Menerusi data itu, carian untuk pelindung muka (face shield) dan topeng muka kain masing-masing meningkat 1,730 peratus dan 677 peratus jika dibandingkan dengan tahun lalu. Menariknya, dalam satu kenyataan iPrice memberitahu bahawa carian pelindung muka meningkat 50 peratus sehari selepas sidang media perlanggaran kereta api Kelana Jaya pada 25 Mei.

Kumpulan ini mengaitkan lonjakan pencarian tersebut dengan Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad ketika itu, iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Beliau dilihat hanya memakai pelindung muka yang telus sahaja ketika berucap di sidang media tersebut.



https://www.youtube.com/watch?v=SCUN1BXIzoA

Namun, peningkatan carian ini juga mungkin kerana keunikan reka bentuk pelindung muka tersebut. Boleh jadi ianya pelindung muka dari Vue Shield oleh Joe Doucet yang dijual dengan harga USD59 bersamaan RM245.59.

Meskipun ia kelihatan menarik, anda tidak boleh memakai pelindung muka sahaja tanpa topeng muka. Tindakan beliau itu telah mengakibatkan dirinya dikenakan kompaun RM1,500.

Sementara itu, iPrice juga mengatakan bahawa pencarian topeng kain menunjukkan peningkatan yang ketara, apabila Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham menggesa orang ramai memakai dua helai topeng muka untuk lebih selamat dari penularan wabak Covid-19.

Selain itu, bagi PPE indoor juga menyaksikan pertumbuhan 320 peratus untuk tempoh yang sama. Peralatan PPE itu termasuklah pil kawalan kelahiran, kondom, termometer dan Panadol.

Adakah anda juga terlibat dalam carian ini? Peralatan PPE apa yang anda cari sepanjang separuh masa pertama tahun ini?

[Sumber: Malaymail]

Tags: COVID-19Google
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Carian pelindung muka meningkat selepas sidang media Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Carian pelindung muka meningkat selepas sidang media Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

24 June 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN