• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Google Play sediakan tab khas untuk aplikasi kanak-kanak, semuanya ada kelulusan guru

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:59 pm
  • 24/06/2021
  • Komen
Google Play sediakan tab khas untuk aplikasi kanak-kanak, semuanya ada kelulusan guru
Share on FacebookShare on Twitter

Menjadi satu perkara yang penting untuk ibu bapa menyediakan kandungan yang baik buat anak-anak di dalam talian, lebih-lebih lagi mereka kini meluangkan masa lebih banyak di situ. Melalui satu kajian Google, didapati bahawa, 38% ibu bapa bimbang kanak-kanak melihat kandungan yang tidak sesuai ketika dalam talian.

Oleh itu, Google bekerjasama dengan pakar akademik dan guru termasuk penasihat utamanya untuk memilih aplikasi yang terbaik untuk kanak-kanak di Google Play.



Kini, Google melancarkan tab Kanak-Kanak (kids) di platform tersebut, tab itu dipenuhi aplikasi yang menghiburkan dan telah dinilai serta diluluskan oleh guru. Ia secara tidak langsung akan memudahkan ibu bapa mencari kandungan berfaedah, bersesuaian dengan umur, dan berkualiti untuk anak-anak.

Aplikasi yang telah dinilai oleh para guru dan menepati piawaian kualiti Google akan menerima sebuah lencana “Diluluskan Oleh Guru”. 



Aplikasi-aplikasi tersebut dinilai berdasarkan faktor seperti kesesuaian umur, kualiti, pengayaan, dan keriangan. Dalam senarai aplikasi, akan ada disertakan sebab aplikasi tersebut diluluskan, maka ibu bapa boleh putuskan sendiri sama ada aplikasi itu sesuai untuk anak mereka atau tidak.

Cara mencari aplikasi yang diluluskan oleh guru

Untuk memuat turun aplikasi yang ada lencana “Diluluskan Oleh Guru”, anda boleh ikut cara di bawah:

  1. Buka aplikasi Google Play
  2. Pada bahagian bawah, anda tekan apps
  3. Kemudian pilih tab kids di bahagian atas
  4. Di situ akan ada semua aplikasi yang diluluskan oleh guru

Selepas ini, ibu bapa tidak perlu bimbang lagi dengan aplikasi yang diakses oleh anak-anak. Kerana aplikasi yang disediakan dalam tab ini sudah dipilih dan nilai oleh ramai pihak.

Tags: GoogleGoogle Playstore
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Google Play sediakan tab khas untuk aplikasi kanak-kanak, semuanya ada kelulusan guru

Google Play sediakan tab khas untuk aplikasi kanak-kanak, semuanya ada kelulusan guru

24 Jun 2021
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
TIPS: Cara sembunyikan gambar dalam iPhone & lindunginya dengan Face ID

TIPS: Cara sembunyikan gambar dalam iPhone & lindunginya dengan Face ID

25 Januari 2023
Elak rakyat keliru, kerajaan arah kad Touch ‘n Go Visa ditukar nama

Elak rakyat keliru, kerajaan arah kad Touch ‘n Go Visa ditukar nama

26 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER