• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung turunkan harga tablet Galaxy Tab A7 di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:48 am
  • 24/06/2021
  • Komen
Tablet Galaxy Tab A7 terima rebat RM100 sempena hari raya
Share on FacebookShare on Twitter

Penggunaan tablet menjadi semakin popular di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ramai murid perlu belajar dari rumah, menerusi PdPR. Jika anda mencarinya, Samsung ada sebuah tablet yang sesuai dengan harga yang kini lebih murah dari sebelumnya.

Tablet Samsung Galaxy Tab A7 kini diturunkan harga menjadi RM899, berbanding RM999 sebelum ini. Ia sebenarnya telah diberi diskaun RM100 sejak bulan lepas, tetapi kini Samsung menetapkannya sebagai penurunan kekal.



Jika anda mencari tablet lebih murah dan storan lebih besar, Samsung Malaysia dijangka akan menjual Galaxy Tab A7 Lite bermula minggu ini. Harganya cuma RM699 dan ia ada skrin 8.7-inci, storan 64GB dengan kuasa dari cip Mediatek Helio P22T.

Spesifikasi

Galaxy Tab A7 ialah sebuah tablet sebesar 10.4-inci dengan resolusi HD Penuh. Ia dikuasakan cip Snapdragon 662, bersama RAM 3GB dan storan 32GB. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB.



Bateri sebesar 7,040mAh dipasang di dalam dan ia menyokong pengecasan pantas 15W. Terdapat dua kamera padanya, 8MP di belakang dan 5MP di hadapan.

Sistem bunyi pula dihasilkan menerusi sistem empat speaker, disokong teknologi Dolby Atmos. Jek audio 3.5mm tersedia jika perlu sambungan fon telinga berwayar.

Terdapat dua warna boleh dipilih untuk tablet ini, antara kelabu dan perak. Model ini tiada sokongan kad sim, ia berhubung ke internet melalui WiFi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy Tab A7 WiFi.

Tags: samsungSamsung galaxy tab a7
Najib

Najib

POPULAR

Tablet Galaxy Tab A7 terima rebat RM100 sempena hari raya

Samsung turunkan harga tablet Galaxy Tab A7 di Malaysia

24 June 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN