• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y12A peranti mampu milik dengan bateri 5000mAh dan kuasa Snapdragon 439

  • OLEH Najib
  • 11:59 pm
  • 26/06/2021
  • Komen
Vivo Y12A peranti mampu milik dengan bateri 5000mAh dan kuasa Snapdragon 439
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia kini memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar mampu milik untuk pasaran Malaysia, iaitu Vivo Y12A. Harganya cuma RM529 dan ia datang dengan bateri besar dan dwi kamera belakang.

Telefon ini mula dijual pada 26 Jun 2021 dan terdapat di Stor Online Vivo Malaysia, serta di Lazada dan Shopee. Secara ringkas, telefon ini adalah model yang sama dengan Vivo Y12s (RM499) yang dikuasakan cip Mediatek Helio P35, tetapi ditukar kepada cip Snapdragon.



Vivo Y12A dikuasakan oleh cip Snapdragon 439, bersama RAM 3GB dan storan 32GB. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan menyokong kuasa pengecasan sehingga 10W, melalui sambungan mikroUSB.

Skrinnya sebesar 6.51-inci dengan resolusi HD+ dan bertakuk kecil di atas. Ia ada pengimbas capjari di sisi, digabungkan dengan butang kuasa.



Untuk kamera, terdapat dua di belakang dengan kamera utama 13MP. Kamera hadapan pula 8MP, terletak di dalam takuk kecil di atas skrin.

Sistem operasi Android 11 dengan antaramuka Funtouch OS 11 digunakan di Vivo Y12A. Terdapat dua warna boleh dipilih, antara hijau dan hitam.

Tags: vivoVivo Y12A
Najib

Najib

POPULAR

Vivo Y12A peranti mampu milik dengan bateri 5000mAh dan kuasa Snapdragon 439

Vivo Y12A peranti mampu milik dengan bateri 5000mAh dan kuasa Snapdragon 439

26 June 2021
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN