• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Hanya 2 huruf ini diperlukan untuk muat turun MP3 daripada YouTube

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:32 am
  • 28/06/2021
  • Komen
Hanya 2 huruf ini diperlukan untuk muat turun MP3 daripada YouTube
Share on FacebookShare on Twitter

Ada masanya anda akan terjumpa video yang menarik di YouTube terutamanya ceramah keagamaan ataupun lagu-lagu popular. Kalau anda nak dengar berulang-ulang kali tentu ia akan memakan data telco anda.

Memanglah muat turun boleh dilakukan melalui APP YouTube, tapi bila mendengarnya anda tak boleh padamkan paparan kecualilah anda melanggan YouTube Premium yang ada fungsi memainkan kandungan di background.



Sebahagian ciri berguna yang disembunyikan disebalik langganan berbayar

Maka, sekiranya anda hanya perlukan audio, anda boleh muat turun MP3 sahaja daripada YouTube. Bukan saja fail lebih kecil, anda boleh mendengarnya walaupun telefon dalam keadaan berkunci dalam poket yang tentu sekali menjimatkan bateri.

Ini adalah cara paling cekap untuk anda lakukannya. Tanpa sebarang APP tambahan diperlukan dan ia boleh dilakukan di PC, laptop, tablet, telefon sama ada Android, mahupun iOS.



Hanya dua huruf diperlukan

Seandainya anda mengakses video yang ingin anda muat turun melalui APP YouTube, anda cuma perlukan URL kepada kandungan itu. Di Android dan iOS, cari saja butang Share dan cari pilihan Copy Link.

  • YouTube di Android
  • YouTube di iOS

Kemudian, buka apa-apa APP pelayar web yang anda ada dan tampal URL yang ada salin di APP YouTube tadi dalam ruangan alamat website dan tekan enter untuk pergi ke video itu. Tujuan Langkah ini dilakukan adalah untuk menyahkod URL yang anda salin daripada APP kerana ia akan disalin dalam bentuk yang telah dipendekkan.

Kalau anda akses video bukan daripada APP YouTube sebaliknya terus daripada pelayar web, langkah sebelum ini tidak diperlukan.

Selepas anda beroleh URL video yang ingin anda muat turun audionya sahaja, anda pergi ke ruang alamat URL dan taipkan saja “pp” selepas youtube. Contohnya

URL asal: https://www.youtube.com/watch?v=abcdefg

Sunting ke: https://www.youtubepp.com/watch?v=abcdefg

Anda akan dibawa ke laman y2mate.com. Laman ini agak banjir dengan iklan, jadi anda perlu sedikit berwaspada sewaktu menekan apa-apa pautan.

Skrol kebawah dan cari tab MP3, kemudian cari butang Download untuk mula muat turun.

Peringatan

Kandungan yang anda muat turun mungkin masih dilindungi undang-undang hak cipta. Sentiasa gunakannya untuk tujuan peribadi sahaja kecualilah anda yakin yang anda miliki hak untuk menyebarkannya.

Tags: tips & trickstips dan trickstutorial
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Hanya 2 huruf ini diperlukan untuk muat turun MP3 daripada YouTube

Hanya 2 huruf ini diperlukan untuk muat turun MP3 daripada YouTube

28 June 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN