• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pelancaran iPhone 13 dijangka lebih awal kerana bekalan perkakas telah pulih

  • OLEH Najib
  • 12:03 pm
  • 30/06/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dijangka akan memperkenal model baru, siri iPhone 13 sekitar bulan September 2021. Ini lebih awal daripada siri iPhone 12 yang dilancarkan pada bulan Oktober tahun lepas.

Laporan daripada DigiTimes menyebut, salah satu pembekal perkakas iPhone dari Taiwan, Cyntex telah menyaksikan peningkatan pendapatan mereka sebanyak 25% tahun-ke-tahun (YoY) pada suku kedua 2021. Pada suku pertama 2021, Cytec mencatat peningkatan YoY sebanyak 30%.



Peningkatan ini dilihat sebagai kesan daripada tempahan Apple yang dibuat lebih awal dari tahun 2020. Malah, bekalan perkakas untuk produk Apple juga telah pulih selepas wabak COVID-19 melanda dunia tahun 2020. Wabak ini juga menyebabkan pelancaran siri iPhone 12 lebih lewat daripada biasa akibat kelewatan pengeluaran di kilang.

siri iPhone 12

Selain Cyntec, pembekal perkakas iPhone seperti Quartz dan TXC juga dijangka akan menerima manfaat dengan peningkatan pendapatan pada tempoh yang sama.



Apple baru-baru ini dilaporkan telah menghentikan pengeluaran iPhone 12 mini akibat jualan yang tidak memberansangkan. Ini mungkin akan memberi kesan kepada siri iPhone 13 di mana tiada lagi model mini diperkenal. Sama ada Apple akan mengekalkan model Pro dan Pro Max, belum dapat dipastikan.

[Sumber: Apple Insider]

Tags: appleApple iphone 13
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026

Pelancaran iPhone 13 dijangka lebih awal kerana bekalan perkakas telah pulih

30 June 2021
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN