• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PEMULIH: Moratorium automatik 6 bulan masih ada faedah, tetapi tiada denda & faedah berganda

  • OLEH Najib
  • 10:33 am
  • 30/06/2021
  • Komen
PEMULIH: Moratorium automatik 6 bulan masih ada faedah, tetapi tiada denda & faedah berganda
Share on FacebookShare on Twitter

Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) telah membentangkan satu bantuan yang diminta rakyat sekian lama, moratorium automatik pinjaman. Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan telah mendapat kerjasama pihak bank untuk melaksanakan moratorium automatik.

Moratorium selama 6 bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro. Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan atau hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi perlu dikemukakan untuk permohonan.



Tetapi ia masih perlu dimohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Permohonan akan dibuka mulai 7 Julai 2021 dan peminjam perlu bersetuju dengan pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan untuk menerima moratorium ini.

Tiada denda lewat bayar dan faedah berganda

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, telah membuat sidang media untuk penerangan lebih terperinci tentang perkara ini. Moratorium ini masih akan dikenakan faedah oleh bank, menurut syarat-syarat pinjaman yang akan dipinda dan dipersetujui bersama peminjam.



Bagaimanapun, kata Zafrul, dia telah meminta bank untuk tidak mengenakan faedah berganda (compounded interest) atau caj denda lewat bayar ke atas pelanggan terbabit. Beliau menambah, moratorium ini adalah sama seperti sebelumnya, bukan tanpa faedah. Hanya penangguhan pembayaran pinjaman.

Penerimaan moratorium ini juga tidak akan menjejaskan laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) peminjam, seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia. Peminjam bagaimanapun perlu faham dan sedar tentang syarat pinjaman yang akan dipinda jika menerima moratorium ini seperti kadar faedah baru, tempoh pinjaman lebih panjang dan sebagainya.

[Sumber: Bernama, Malaysiakini]

Tags: bnmpemulih
Najib

Najib

POPULAR

PEMULIH: Moratorium automatik 6 bulan masih ada faedah, tetapi tiada denda & faedah berganda

PEMULIH: Moratorium automatik 6 bulan masih ada faedah, tetapi tiada denda & faedah berganda

30 June 2021
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN