• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 8i akan tiba bersama 3 produk baru Huawei pada 6 Julai

  • OLEH Najib
  • 5:33 pm
  • 01/07/2021
  • Komen
Huawei Nova 8i akan tiba bersama 3 produk baru Huawei pada 6 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia kini telah memuat naik laman mikro mengenai pelancaran empat produk baru mereka tidak lama lagi. Laman tersebut telah memaparkan sebuah video pendek dan menunjukkan bahawa satu majlis pelancaran akan diadakan pada 6 Julai 2021, pukul 7 malam.

https://youtu.be/WhSBONogKYY

Walaupun video ini hanya memberi sedikit petunjuk tentang produk baru yang akan dilancarkan, laman mikro itu sebenarnya telah menyenaraikan semua produk tersebut. Terdapat 4 produk baru yang diperkenal pada 6 Julai iaitu telefon pintar Huawei Nova 8i, monitor Huawei Mateview 28.2″ dan Mateview GT 34″, serta fon telinga Huawei Freebuds 4.



Lebih baik lagi, semua produk telah memiliki laman produk masing-masing dan kita boleh mengenali lebih lanjut tentangnya.

Huawei Nova 8i

Telefon pintar kelas pertengahan ini dikuasakan cip Snapdragon 662, RAM 8GB dan storan 128GB. Ia menggunakan paparan LCD 6.67-inci HD Penuh, berlubang besar di sudut atas kiri. Pengimbas capjari di sisi, bergabung dengan butang kuasa.



Kamera hadapannya kelihatan ada dua, tetapi hanya satu disebut iaitu kamera utama 16MP. Di belakang, ia menggandingkan 4 kamera iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan dua lagi kamera 2MP.

Bateri di dalam telefon ini berkapasiti 4,300mAh dan ia datang dengan pengecasan sangat pantas, Huawei SuperCharge 66W. Walaupun telah mengumumkan sistem operasi baru Harmony OS, Nova 8i masih menggunakan EMUI 11 tanpa perkhidmatan Google di dalam.

Harga Huawei Nova 8i pastinya tidak jauh berbeza dengan Nova 7i yang dilancarkan tahun lepas iaitu RM1,099. Mungkin harganya akan lebih murah, memandangkan tidak banyak perbezaan Nova 8I dan Nova 7i.

Huawei Mateview 28.2″

Monitor ini adalah paparan yang boleh berfungsi tanpa sambugnan wayar. Ia dilengkapi sambungan WiFi 802.11ac dan Bluetooth 5.1. Tetapi sambungan berwayar lengkap juga disediakan seperti USB-A, USB-C, Mini DisplayPort dan HDMI.

Skrin monitor ini seluas 28.2-inci dari jenis IPS LCD. Ia mempunyai nisbah 3:2 dengan resolusi tajam Ultra HD 4K (3840×2560). Paparan ini menerima pengiktirafan Vesa DisplayHDR 400 dan mempunyai kecerahan setinggi 500 nits.

Selain itu, monitor ini lengkap dengan mikrofon dan pembesar suara stereo.

Huawei Mateview GT 34″

Monitor ini memiliki fungsi berbeza dengan Mateview di atas. Ini kerana Mateview GT memiliki paparan melengkung 1500R, berukuran 34-inci dalam nisbah 21:9. Resolusi pula WQHD 2K (3440×1440) tetapi kadar penyegaran tinggi 165Hz. Bermakna, ini monitor yang lebih baik untuk bermain game.

Ini ditambah lagi dengan pembesar suara stereo di bawah, yang lengkap dengan pemancar lampu RGB. Lampu ini boleh diubah kerlipan untuk memberi suasana yang digemari pengguna.

Huawei FreeBuds 4

Fon telinga ini memiliki fungsi penyaring hingar antif (ANC) dalam bentuk terbuka, bagi yang gemar telinga tidak dilekap terlalu ke dalam. Ia memiliki hayat bateri selama 4 jam di fon telinga, dan sehingga 22 jam bersama bekas pengecas.

Harga dan tarikh jualan keempat-empat produk baru Huawei ini pasti akan diketahui pada 6 Julai kelak. Nantikan laporan dari kami pada hari pelancarannya.

Tags: HuaweiHuawei Freebuds 4Huawei MateviewHuawei Mateview GTHuawei Nova 8i
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Nova 8i akan tiba bersama 3 produk baru Huawei pada 6 Julai

Huawei Nova 8i akan tiba bersama 3 produk baru Huawei pada 6 Julai

1 July 2021
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER