• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sukan takluki 5 dari 10 carian paling popular bulan Jun di Google, peranti tidak tersenarai lagi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:42 pm
  • 08/07/2021
  • Komen
Sukan takluki 5 dari 10 carian paling popular bulan Jun di Google, peranti tidak tersenarai lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam 10 carian popular Google pada bulan Jun, nampaknya kali ini rakyat Malaysia lebih mencari tentang perlawanan sukan berbanding perkara lain. Sukan yang terlibat dalam carian ini ialah bola sepak, tenis dan kriket. Selebihnya adalah carian berkaitan dengan isu semasa dan perkara yang trending seperti keputusan SPM, vaksin Covid, drama, semakan ahli RELA serta ucapan hari bapa.

Sama seperti carian popular Google pada bulan Mei, tiada telefon pintar termasuk dalam 10 carian ini. Walhal ada sahaja telefon pintar dilancarkan pada bulan lalu, seperti Vivo Y12A, OnePlus Nord CE 5G dan Poco M3 Pro.



Berikut merupakan perincian 10 carian Google paling popular di Malaysia pada bulan Jun 2021:

1. Jadual Euro 2021 / Portugal vs. Germany / Euro Result / England vs. Croatia

Carian jadual Euro 2021 akan membawa peminat melihat perlawanan yang akan berlangsung, perlawanan yang sudah berlalu dan keputusannya. Beberapa perlawanan seperti Portugal lawan Germany, England lawan Croatia menjadi antara pertandingan paling banyak di cari sepanjang bulan Jun.



2. Malaysia vs Thailand / Thailand vs. Malaysia

Pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya memberikan senyuman kepada penyokong tempatan ketika mereka menewaskan Thailand 1-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia. Gol kemenangan skuad Harimau Malaya di Stadium Al Maktoum dijaringkan oleh pemain sayap kanan Muhammad Safawi Rasid menerusi sepakan penalti.

3. India vs New Zealand / Ind vs. NZ

Peminat kriket tempatan terus mengikuti perkembangan dalam World Test Championship 2021. Dalam perlawanan ini, New Zealand muncul juara terakhir menentang pasukan India.

4. Myresult1 moe gov my

Calon SPM pada tahun 2020 telah mendapat keputusan mereka pada 10 Jun lalu. Mereka boleh memeriksa keputusan mereka secara dalam talian melalui laman sesawang myresult1 untuk mendapatkan keputusan penuh.

5. Vaksin covid berhampiran saya

Carian ini mungkin ada kaitan dengan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 yang sedang berjalan dan pusat pemberian vaksin (PPV) yang dibuka dengan lebih banyak. Penduduk tempatan tentunya ingin memeriksa tempat vaksinasi yang paling dekat dengan mereka untuk melihat jarak ke sana dan maklumat tentang kawasan tersebut.

6. My Dear Guardian

My Dear Guardian merupakan sebuah drama yang ditayangkan di platform iQiyi pada bulan Jun lalu. Ia mengisahkan tentang hubungan seorang tentera dan doktor yang bertemu ketika sedang dalam tugasan. Pada masa yang sama drama ini juga menonjolkan kedua-dua kerjaya tersebut.

7. Roland Garros 2021 Results

Roland Garros merupakan sebuah pertandingan tenis yang dianjurkan selama dua minggu diantara hujung bulan Mei dan awal bulan Jun di Stade Roland Garros, Paris, Perancis.  Untuk perlawanan tahun ini, Novak Djokovic muncul juara menentang Stefanos Tsitsipas.

8. Semakan ahli RELA

Ada yang mendapati bahawa nama mereka didaftarkan sebagai sukarelawan RELA tanpa mereka mendaftar. Pada masa yang sama, RELA Malaysia memberitahu bahawa, pengambilan anggota RELA ada dibuat secara besar-besaran pada tahun 2012 dan mungkin pada masa tersebut mereka terima senarai nama dan ia telah didaftarkan terus ke sistem.

9. Father’s Day Wishes

Di Malaysia, hari bapa jatuh pada 20 Jun 2021. Tentunya ramai individu membuat carian di Google mengenai ucapan hari bapa untuk memberika ucpan yang terbaik kepada bapa tersayang.

10. Jdt vs. Nagoya

Carian ini melibatkan perlawanan dalam Liga Juara-Juara AFC. JDT menerima kekalahan di tangan lawan, Nagoya Grampus. Perkara ini tentunya mengecewakan ramai peminat JDT.

[Sumber gambar: TOI]

Tags: Googlegoogle search
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Sukan takluki 5 dari 10 carian paling popular bulan Jun di Google, peranti tidak tersenarai lagi

Sukan takluki 5 dari 10 carian paling popular bulan Jun di Google, peranti tidak tersenarai lagi

8 July 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER