• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MateView & MateView GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:34 am
  • 09/07/2021
  • Komen
Huawei MateView & MateView GT: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah membawa masuk dua produk monitor berkelas flagship ke dalam pasaran Malaysia. Huawei MateView dan MateView GT ialah sepasang monitor beresolusi tinggi dengan pelbagai ciri-ciri berguna kepada gamers ataupun penggiat industry kreatif.

Harga MateView & MateView GT

Huawei MateView dijual pada harga RM2,988 tapi pada hari pertama jualan hingga 21 Julai 2021, anda boleh dapatkannya pada RM2,888. Anda juga akan terima seunit router Wi-Fi Huawei WiFi AX3.



MateView GT pula dijual pada harga RM2,488 dan juga RM100 lebih murah jika anda dapatkannya pada hari pertama hingga 21 Julai 2021.

Ada tiga saluran utama tempat boleh anda dapatkan monitor ini. Anda sama ada boleh pergi ke gedung dalam talian Huawei Online Store, Lazada, ataupun Shopee.



Spesifikasi Huawei MateView

Huiawei MateView ialah sebuah paparan IPS LCD 28.2” beresolusi 4K dengan nisbah paparan 3:2 yang menjadikannya nampak lebih segi empat sama berbanding monitor konvesional lain.

Mencapai tahap cakupan 98% pada spektrum DCI-P3 dan 100% sRGB menjadikan monitor ini sesuai untuk kerja-kerja kreatif seperti menyunting gambar dan video ditambah pula dengan kecerahan yang mampu mencapai 500 nits.

Kalau anda tak perlukan panel dengan refresh rate tinggi tapi lebih tertumpu pada kualiti gambar, MateView hanya berupaya beroperasi pada 60Hz.

Barisan port I/O yang boleh anda temui pada badan monitor ini ialah seperti:

  • USB-C x 1
  • USB-A 3.0 x 2
  • HDMI 2.0 x 1
  • MiniDP x 1
  • 3.5mm audio x 1

MateView juga menyokong mode Desktop EMUI daripada telefon Huawei yang menyokongnya melalui sambungan Wi-Fi. Monitor ini juga ada sepasang speaker di bahagian belakang, tapi kalau anda nak monitor dengan speaker yang lebih berkuasa, anda boleh pertimbangkan MateView GT.

https://www.youtube.com/watch?v=BQkFatOpdrg&ab_channel=HuaweiMobile

Spesifikasi Huawei MateView GT

Walaupun tidak ada panel 4K seperti model sebelum ini, namun spesifikasi lain-lainnya adalah lebih baik. MateView GT tampil dengan rekaan ultralebar 21:9 sebesar 34”.

Pada resolusi 1440p dan miliki refresh rate 165Hz, ia lebih sesuai untuk bergaming walaupun tahap kecerahannya tidaklah setinggi model sebelum ini (350 nits vs 500 nits).

Ciri-ciri pintar seperti Wi-Fi dan Bluetooth tetap ada untuk kegunaan EMUI Desktop Mode tapi speaker monitor ini lebih hebat kerana dipakejkan dalam bentuk soundbar. Port I/O yang anda akan temui padanya adalah seperti:

  • HDMI 2 x 2
  • DisplayPort x 1
  • USB-C x 1
  • 3.5mm audio x 1
https://www.youtube.com/watch?v=d3gRCU_ihhg&ab_channel=HuaweiMobile

Tags: HuaweiHuawei MateviewHuawei Mateview GT
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Huawei MateView & MateView GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Huawei MateView & MateView GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

9 July 2021
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER