• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung tunda penghasilan SoC 3nm ke 2023, TSMC tak lengah ambil peluang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:01 pm
  • 12/07/2021
  • Komen
Samsung tunda penghasilan SoC 3nm ke 2023, TSMC tak lengah ambil peluang
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam acara Foundry Forum 2021 yang berlangsung di China, Samsung Foundry telah mempamerkan peta laluan pembangunan SoC mereka yang terbaharu dan didapati mereka telah mengemas kini perancangan untuk litografi 3nm.

Daripada rajah yang dikongsikan pihak pengilang, produk berlitografi 3nm akan memasuki pasaran seawal 2023, setahun lebih lambat daripada yang dijadualkan. Dalam tahun 2019 dulu, Samsung mengumumkan yang paling awal mereka mampu menghasilkan cip 3nm ialah 2022.



Tidaklah diketahui apakah sebab penundaan ini kerana mereka sudahpun membelanjakan ratusan billion untuk membina kilang semikonduktor baru untuk produk 3nm ini.

Produk 3nm Samsung yang akan datang ini menggunakan teknologi multi-bridge channel field effect transistors (MBCFETs) yang baharu dalam penghasilan transistor berbanding TSMC yang masih menggunakan FinFET pada litografi 3nm mereka.



Penggunaan teknologi FinFET yang dilihat ramai lebih selamat kerana terbukti kemejadiannya mungkin telah menyebabkan klien-klien besar cenderung untuk berpihak kepada TSMC untuk menempah cip masing-masing.

Contohnya, Apple dan Intel dilaporkan akan menjadi dua entiti terawal memanfaatkan teknologi 3nm TSCM bagi menghasilkan pemproses produk masing-masing.

Daripada rajah yang sama juga, pengeluaran semikonduktor Samsung untuk tahun 2021 akan menumpukan pada litografi 4nm LPP yang katanya akan menjadi tunjang kepada Snapdragon 895 dan Exynos 2200.

Di pihak pengguna seperti saya, apa yang boleh kita jangkakan adalah peningkatan prestasi dan kecekapan tenaga pada setiap perubahan angka nanometer. Misalnya di 3nm TSCM, mereka melaporkan yang prestasi dipertingkat sehingga 15% manakala kecekapa tenaga dipertingkat sehingga 30% berbanding 5nm.

Sumber: AnandTech

Tags: 3nmsamsungSamsung foundrytsmc
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung tunda penghasilan SoC 3nm ke 2023, TSMC tak lengah ambil peluang

Samsung tunda penghasilan SoC 3nm ke 2023, TSMC tak lengah ambil peluang

12 July 2021
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN